fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Makan

Food Court Bertemakan Minimalis Dibuka Di CityONE Megamall Kuching

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
17 Januari 2020
Food Court Bertemakan Minimalis Dibuka Di CityONE Megamall Kuching
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

CityONE Tak Ada Tempat Makan? Food Court Baru Kan Ada

Food Court Bertemakan Minimalis Dibuka Di CityONE Megamall Kuching. Kebiasaannya, food court di pusat membeli belah bukanlah pilihan utama para pengunjung untuk menikmati hidangan mereka kerana pilihan yang ada seringkali tidak menepati selera. Ada yang lebih suka untuk singgah ke restoran untuk pilihan menu yang lebih pelbagai selain keselesaan ruang makan. Namun begitu, sebuah food court yang berkonsepkan minimalis bakal dibuka di kompleks membeli belah mega CityONE, Kuching.

Food court yang dinamakan Food Emporium ini baru sahaja dibuka pada 15 Januari 2020 dan bertempat di Tingkat 1 pusat membeli belah terbabit. Lihat suasana food court baru ini yang nampak sangat best dan ceria!

ADVERTISEMENT

Aneka pilihan makanan boleh anda dapatkan di sini seperti outlet nasi lemak, makanan Indonesia, nasi ayam, mi, makanan Amerika dan macam-macam lagi. Menariknya, Food Emporium juga menyediakan pembayaran tanpa tunai seperti Sarawak Pay. Wah, mudah kali jak. Sik perlu gago ngeluar duit rah ATM!

Sempena pembukaan food court terbaru ini, mereka juga menawarkan minuman panas seperti teh dan kopi pada harga serendah RM1 secawan! Promosi ini bermula daripada 15 Januari sehingga 19 Januari 2020. Dah boleh jimat untuk belanja minum kawan-kawan kan?

Kepada anda yang dah lama tak singgah CityONE, mungkin inilah masanya untuk anda menjenguk kembali ke sana. Selain daripada Food Emporium ini, khabarnya terdapat banyak outlet baru yang dibuka di sini.

ArtikelBerkaitan

Ini Adalah 3 Beef Noodle Sedap Di Miri Anda Perlu Cuba

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri

ADVERTISEMENT

Untuk maklumat terkini tentang apa yang ada di sini, anda boleh layari laman Facebook mereka : Food Emporium | CityONE Megamall, Kuching

ADVERTISEMENT
Share2442Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy