Hari Panas?
Ini Adalah 5 Port Ais Krim Bajet Anda Boleh Cuba Di Kuching. Cuaca Kuching kadang-kadang random. Apabila hujan, ia benar-benar hujan. Tetapi apabila Kuching dilanda cuaca panas, ia betul-betul panas! Selain ais krim typical seperti Baskin Robbins, kita ada juga gerai-gerai ais krim tempatan yang kita kunjung ketika cuaca panas. Bukan sahaja dijual dengan harga yang murah (tak sampai RM5, kebiasaannya), ais krim buatan lokal ini sedap juga dengan adanya pelbagai perisa ditawarkan!

Sunny Hill Ice Cream
Antara ais krim bajet terkenal di Kuching, premis ini dibina pada tahun 1963 dan telah menjadi salah satu ais krim paling legend di Kuching!

Yang membuatkan kedai ais krim ini unik adalah mereka akan menghidangkan dua jenis perisa setiap hari. Perisa-perisa ini terdiri daripada Vanilla, Coklat, Jagung dan Strawberi dan akan berputar sepanjang minggu. Selain ais krim klasik seperti ais krim kon, anda boleh menikmati banana split ais krim dan bagi mereka yang mahu makan di rumah, anda boleh tapau satu tab ais krim besar untuk dinikmati di rumah dengan seisi keluarga!

R.G. Ais Krim Gula Apong, Open Air Market
Juga salah satu port ais krim terkenal di Kuching, anda tidak akan terlepas pandang kedai ini ketika di Open Air Market. Ini kerana kedai ini selalunya ada satu barisan panjang menunggu giliran untuk menempah ais krim mereka terutamanya pada waktu malam. Ada juga orang sanggup datang lepas tengah malam untuk elak menunggu dalam barisan lama-lama kerana ia dikatakan orang akan perlu menunggu selama satu jam untuk giliran mereka.

Terkenal dengan penggunaan sirap gula apong sebagai topping ais krim, anda juga boleh pilih untuk meletak topping tambahan seperti kacang, cornflake, atau biskut. Disebalik muenggunakan kon, mereka menggunakan cawan dan roti untuk ais krim mereka. Sekiranya anda ada sweet tooth (penggemar makanan manis), ais krim ini memang cun untuk anda!

DP Ais Krim Gula Apong
Kedai ini sudah beroperasi sejak 2015 tetapi masih ada juga penggemar ais krim gula apong berkunjung ke sini untuk memuaskan sweet craving mereka. Yang membezakan ais krim gula apong ini dengan ais krim gula apong di Open Air Market adalah ais krim buatan DP Ais Krim Gula Apong diperbuat daripada gula apong manakala ais krim gula apong di Open Air menggunakan ais krim vanilla yang bertopping sirap gula apong.

Topping yang ditawarkan oleh kedai ini terdiri daripada Oreo, kacang yang dihancurkan dan flek Nestum. Anda juga boleh campur semua sekiranya anda rasa anda nak mahu semua!

Fujiyama Ice Cream, Wayang Street
Gerai ais krim ini terletak di Wayang Street seberang Borneo Delight dan beroperasi dari Isnin sehingga Ahad (kecuali hari Selasa) pada pukul 4:30PM sehingga 1:30AM. Tempat ini terkenal dengan ais krim Jepun yang terdiri daripada tiga jenis perisa iaitu Matcha, Hojicha dan Black Sesame.

Ais krim di sini diperbuat daripada bahan-bahan yang diimport dari Jepun. Perisa yang sentiasa ada adalah perisa Matcha manakala perisa Hojicha dan Black Sesame akan digunakan pada hari-hari alternatif.

Frosty Boy Ice Cream, Jolly Good Food Corner MJC
Walaupun ais krim ini tidak seterkenal seperti port ais krim yang disenaraikan di atas, ais krim ini telah beroperasi beberapa tahun semenjak awal 2000-an dan menjadi kunjungan warga-warga sekitar MJC. Ia terletak di dalam sebuah kedai makan dan beroperasi sebagai salah satu gerai di sana.


Ais krim ini hanya menawarkan ais krim vanilla namun yang membuatkan ais krim ini serba boleh adalah penggunaan topping yang pelbagai jenis. Selain sirap coklat, mereka juga menggunakan topping seperti cornflake, sprinkles, oreo dan sebagainya. Gerai ini juga menawarkan ais skrim dengan harga yang berpatutan!

Yang mana satu kegemaran anda?
Selain yang disenaraikan, mana lagi port ais krim bajet best? Komen port kegemaran anda dan jangan lupa share!
