fbpx
Tempat Makan

Ini Adalah 4 Restoran Makanan Western Di Kota Kinabalu, Sabah

Craving For Western?

Ini Adalah 4 Restoran Makanan Western Di Kota Kinabalu, Sabah. Sekiranya anda berada di Kota Kinabalu dan tiba-tiba ngidam nak makan makanan western, berikut adalah 4 restoran western yang halal anda boleh cuba!

Ini Adalah 4 Restoran Makanan Western Di Kota Kinabalu, Sabah. Kredit: Giphy

GARAGE KAFE

Garage Kafe terletak di Jalan Pintas Penampang dan menghidangkan pelbagai makanan western. Selain makanan western, mereka juga menghidang menu yang luas seperti makanan Asian seperti nasi lemak, kari, serta minuman yang menarik seperti milkshake dan juga kopi!

Kredit: Garage Kafe
Kredit: Garage Kafe

Cafe Thirty7

Restoran western ini bukan sahaja menghidang makanan western yang sedap, ia juga menghidang makanan yang familiar kepada anak-anak Sarawak, Laksa Sarawak! Selain itu, mereka juga mempunyai menu makanan yang pelbagai seperti ayam penyet, nasi paprik dan selainnya.

Kredit: Cafe Thirty7
Kredit: Cafe Thirty7
Kalau anda tiba-tiba mengidam makanan Sarawak ketika di Kota Kinabalu, di sini lah anda boleh puaskan ngidam itu dengan hidangan Laksa Sarawak mereka. Kredit: Cafe Thirty7

Brass Monkey Cafe & Bar

Terletak di Lintas Plaza, Kota Kinabalu, Brass Monkey Cafe & Bar dikenali dengan makanan western mereka yang superb! Selain makanan western typical seperti lamb chop, restoran ini juga menghidangkan ayam panggang herbal, ikan salmon dan sebagainya.

Take note, restoran ini juga menghidangkan minuman beralkohol tetapi semua daging digunakan untuk masakan mereka adalah halal (no pork served).

Kredit: Brass Monkey Cafe & Bar
Kredit: Brass Monkey Cafe & Bar

Lucy’s Kitchen

Terletak di 88 Market Place, Kepayan, Lucy’s Kitchen menghidangkan makanan western beserta dengan fusion. Selain mixed grill, anda akan dihidangkan dengan menu yang berpelbagaian seperti burger, sandwiches, pizza, dan juga nasi!

Kredit: Lucy’s Kitchen
Kredit: Lucy’s Kitchen

Makanan Western Yang Sedap!

Okay, anda sudah diberi senarai restoran-restoran western jadi dimanakah anda akan cuba dahulu? Atau adakah anda mempunyai pengalaman di restoran-restoran tersebut? Dimana lagi restoran western best yang perlu dicuba lagi? Jangan lupa komen dan share! Selamat menjamu selera!

Kredit: Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close