fbpx
Tempat Makan

Ini Adalah 5 Tempat Makanan Western Di Sandakan, Sabah

Hmm… Tiba-tiba Ngidam Western

Ini Adalah 5 Tempat Makanan Western Di Sandakan, Sabah. Sandakan terkenal dengan makanan lautnya yang berbagai. Tetapi ada masanya kita akan rasa nak makan makanan lain kalau sudah overdose dengan sejenis makanan. Sekiranya anda berada di Sandakan dan tiba-tiba nak rasa makanan western, ini adalah senarai tempat makanan western halal yang anda boleh cuba!

UP Case Cafe IJM Sandakan

UP Case Cafe IJM Sandakan terletak di IJM, Bandar Utama dan menghidangkan makanan western yang mantap! Restoran ini juga sesuai untuk menyambut hari jadi, anniversary dan sebagainya dengan adanya perkhidmatan katering!

Kredit: UP CASE cafe ijm Sandakan

Ba Lin Roofgarden Bistro & Bar

Salah satu perkara yang unik tentang restoran ini adalah ia merupakan satu-satunya restoran rooftop di Sandakan. Terletak di Tingkat 9 di Nak Hotel, ia menawarkan pemandangan Sandakan yang menarik, dengan menghadap ke laut dikelilingi dengan suasana ambien. Dicadangkan untuk pergi ke sini semasa sunset untuk menikmati pemandangan indah sementara menghayati makanan western dihidangkan!

Kredit: Ba Lin Roofgarden
Kredit: Ba Lin Roofgarden

English Tea House & Restaurant

Restoran ini berkonsep restoran Inggeris kolonial diilhamkan oleh rumah Agnes Keith dan merupakan destinasi pelancong yang popular di Sandakan dengan makanan yang mantap! Selain menawarkan makanan western klasik seperti masakan tradisional Inggeris, mereka juga menghidang makanan Asian yang sedap sambil menikmati pemandangan yang indah.

Kredit: The English Tea House & Restaurant
Kredit: The English Tea House & Restaurant

Sanns Cafe

Terletak di Mega Jaya, Sanns Cafe bukan sahaja menghidangkan makanan western malah makanan Asian yang berpelbagaian. Anda akan di spoilt for choice dengan adanya hidangan makanan yang bervariasi!

Kredit: Sanns Cafe
Kredit: Sanns Cafe

Palomino Steak House

Restoran ini terkenal dengan steak dan smoked duck mereka. Dikatakan harga yang ditawarkan dalam menu agak-agak ‘kurang budget friendly‘ jadi sekiranya anda mampu membelanjakan lebih untuk menikmati makanan western, anda boleh pertimbangkan untuk pergi ke sini!

Kredit: Palomino Steak House

Kat Mana Lagi Port Makanan Western Di Sandakan?

Selain yang disenaraikan di atas, kat mana lagi port makanan western yang anda nak cadangkan? Komen dan jangan lupa share!

Artikel Berkaitan

Back to top button