fbpx
Tempat Makan

Ini Port Street Burger Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Tak puas makan sebiji sahaja.

Ini Port Street Burger Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching. Bila cerita pasal burger, biasanya kita akan pergi mencari street burger di Kuching dan semestinya terdapat banyak street burger yang boleh dikatakan sebagai legend di Bandaraya Kuching ini.

Sebagai peminat burger terutamanya jika lapar di malam hari, kami paparkan beberapa port burger legend yang anda perlu cuba di Kuching.

1. BurgerBoy Satok

Ini Port Street Burger Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Jika anda penggemar street burger, nama burger boy bukanlah satu nama yang asing lagi. Burger homemade mereka sememangnya digemari ramai dan anda perlu queue untuk dapatkan burger ini!

Ini Port Street Burger Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
Ini Port Street Burger Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Patty burger homemade yang juicy dan rasa beef yang padu semestinya akan membuatkan anda datang lagi.

Lokasi Burger Boy Satok adalah seperti berikut :

2. Takeaways Simpang Tiga ( Area KWSP )

Ini Port Street Burger Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
Sumber : FB Takeaways / Burger

Merupakan antara pelopor homemade burger di Kuching, Takeaways Simpang Tiga sememangnya mempunyai peminatnya sendiri.

Sumber : FB Takeaways / Burger

Seperti mana seorang pelanggan nya di laman Facebook, Nazri Tok, beliau mengakui keenakan burger buatan abang-abang Takeaways ini begitu berlainan daripada street burgers yang lain.

Sampai boleh makan 4 biji burger sorang-sorang. Padu terok ni!

Takeaways Simpang 3 terletak di kawasan parking bersebelahan dengan KWSP Kuching di Simpang 3, berhadapan dengan Hotel Place2Stay.

3. Burger Cheezy Legend Abang JJ

Ini Port Street Burger Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
Sumber : FB Shaiful Mansor

Siapa yang tak pernah rasa burger legend ini, memang rugilah. Burger cheezy legend Abang JJ ini terkenal dengan keenakan kepingan dagingnya yang tebal serta sos keju resipi buatan sendiri.

Bukan itu sahaja, burger cheeezy legend Abang JJ ini turut menyediakan khidmat COD hingga ke depan pintu rumah anda. Order dari rumah pun boleh!

Sumber : FB Arinx Jiy

Stall burger nya terletak di Jalan Kulas Utara 1 (belakang Bank Islam Satok). Dibuka jam 3 petang hingga 11 malam.

Anda ada lagi port burger legend yang merupakan favourite anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Ini pula lokasi burger homemade yang enak di Miri :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close