fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Makan

Inilah 5 Restoran Yang Menghidangkan Sup Ikan Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah

Kedung BK Oleh Kedung BK
21 Februari 2020
Inilah 5 Restoran Yang Menghidangkan Sup Ikan Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Antara Sup Ikan Yang Terbaik di Kota Kinabalu!

Inilah 5 Restoran Yang Menghidangkan Sup Ikan Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah. Salah satu makanan yang terkenal di Sabah ialah sup ikan. Bagi sesiapa yang penggemar makanan laut akan setuju bahawa sup ikan di Sabah memang out of this world! Berikut adalah 5 restoran yang menghidangkan sup ikan yang power!

Fatt Kee Seafood Restaurant

Restoran ini dulu dikenali sebagai Jin Jin Seafood Restaurant tetapi kini digelar Fatt Kee Seafood Restaurant. Walaupun restoran ini bertukar nama, ia masih beroperasi di bawah tauke yang sama!

Restoran ini dikenali dengan pelbagai mi ikan yang sedap. Sehubungan dengan itu, pelbagai asas sup juga ditawarkan seperti tomyam, perisa original atau dengan susu. Untuk merasakan sup signature mereka, anda boleh cuba sup tomyam yang bercampur dengan ikan segar (antara ikan grouper atau seven star), kombonasi dimana daging ikan dihiris dengan tebal, kek ikan serta kulit ikan yang licin dicampur dalam sup tersebut untuk mengesyorkan kesedapan!

Inilah 5 Restoran Yang Menghidangkan Sup Ikan Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah
Kredit: TripAdvisor
View this post on Instagram

Fish Tom Yum Soup…. Food for the soul! 🍲🐟🍜 . . 📍 Fatt Kee seafood Restaurant #foodie #foodstagram #food #kinabalufoodie #foodlover #foodpornsabah #foodislove #foodislife #mynativesabah #foodpornmalaysia #sabahanfood #sabah #borneo #borneofood

A post shared by Kinabalu Foodie (@kinabalufoodie) on Feb 12, 2020 at 5:36am PST

Salah satu gambar sup ikan dihidangkan oleh Fatt Kee Seafood Restaurant. Kredit: KinabaluFoodie

Mdm Ing Fish Noodle

Restoran ini terkenal dengan mi kepala ikan di Kota Kinabalu. Salah satu hidangan mereka yang paling terkenal ialah sup ‘Yu Chap’, iaitu sup dengan mi kering atau mi kueh tiaw dan dihidangkan dengan sayur-sayuran masin serta pelbagai ramuan ikan yang diletak dalamnya. Salah satu tarikan kedai ini ialah pes ikan mereka dipastikan dibuat secara segar setiap hari untuk memastikan kesegaran dan kesedapan sup ikan yang dihidangkan.

ArtikelBerkaitan

Ini Adalah 3 Beef Noodle Sedap Di Miri Anda Perlu Cuba

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri

Selain itu, restoran ini menghidangkan menu makanan yang luas dan daging ikan mereka memang manis dan juicy jadi bersiaplah untuk merasa sup mereka sebab kemungkinan besar anda akan mahu lagi!

Inilah 5 Restoran Yang Menghidangkan Sup Ikan Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah
Kredit: Wikimapia
Kredit: Free Malaysia Today

Kedai Kopi Wan Wan

Disini anda boleh cuba mi Kou Lau terkenal yang dibuat daripada daging ikan tanpa menggunakan tepung! Sehubungan dengan itu, hidangan utama di restoran ini adalah Yu Chap mereka. Ia diperbuat daripada mi ikan, kulit ikan, kepingan ikan dan juga kepala ikan! Selain itu, anda boleh memilih antara 3 jenis sup berbeza iaitu sup biasa, suk tomyam atau sup sweet & spicy. Sik alang-alang sida tok ooo…

Apa yang unik tentang sup sweet & spicy mereka adalah ia sangat appetizing sehingga ia meningkatkan rasa di deria rasa anda! Jadi jangan hairan sekiranya anda masih mahu tambah lagi. Hehe!

Kredit: MYTRAVELLICIOUS
Kredit: TripAdvisor

Tong Fung Seafood Restaurant

Restoran ini mahir menyediakan mi sup kepala ikan dan terletak di Metro Town. Pelanggan suka berkunjung ke restoran ini kerana mereka sering menghidangkan makanan dalam portion yang besar serta perisa sedap yang masih kekal ke hari ini!

Disamping itu, restoran ini dikenali dengan mi signature mereka yang diperbuat 100% daripada daging ikan. Di sini, anda akan merasai kepingan ikan yang tebal untuk merasakan tekstur ikan segar. Pendek kata, semangkuk mi sup ikan ini betul-betul menyegarkan!

Inilah 5 Restoran Yang Menghidangkan Sup Ikan Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah
Kredit: Facebook Wan Tong Fung Seafood Restaurant
Kredit: My Open Rice

Restoran Siti Selera Sup Ikan Tomato

Restoran ini diletak di Alam Mesra dan merupakan antara sup ikan yang sedap! Antara tarikan pelanggan ke restoran ini adalah warna ikan dalam sup berwarna kemerahan, semata-mata macam warna tomato.

Anda boleh cuba sup ikan yang berbagai seperti sup kepala ikan, sup telur ikan, sup perut ikan atau jika anda tidak tahu nak pilih yang mana, anda boleh cuba sup bercampur-campur!

Inilah 5 Restoran Yang Menghidangkan Sup Ikan Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah
Inilah 5 Restoran Yang Menghidangkan Sup Ikan Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah. Kredit: Everyday Food I Love
Sup telur ikan goreng yang dihidangkan di restoran ini. Kredit: Cerita Yna

Banyak Kedai Sup Ikan Yang Pastinya Sedap

Memang ternyata Sabah adalah expert dalam menghidangkan sup ikan. Asal pergi ke sana, memang kompom at least cerik!

Selain yang disenaraikan di atas, dimana lagi anda cadangkan untuk cuba mi sup ikan yang sedap? Komen dan jangan lupa share!

Kredit: Tenor
Share17528Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy