fbpx
Tempat Makan

Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung

Rindukan Laksa Sarawak? Singgah lah ke sini!

Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung. Ada sesiapa yang rindukan masakan Sarawak tapi susah nak dapat sebab tinggal di Semenanjung?

Jika anda tinggal di kawasan Chinatown, Alor Setar, Kedah, kami ada cadangan kedai makan baru untuk anda cuba.

Kenyalang Cafe yang terletak di Jalan Penjara Lama, Chinatown, Alor Setar ini menyediakan makanan Sarawak yang pasti memuaskan selera Sarawak anda.

Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung
Sumber : FB Discover Alor Setar
Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung
Sumber : FB Discover Alor Setar

Bagi warga Utara yang belum berkesempatan merasai sendiri keenakan makanan Sarawak, ini lah masa nya untuk anda berkunjung ke restoran ini.

Baru dibuka penghujung Jun yang lalu

Baru dibuka pada penghujung Jun yang lalu, restoran ini dimiliki oleh sepasang suami isteri yang mana isterinya merupakan rakyat Sarawak yang telah lama mengimpikan untuk membuka sebuah restoran makanan Sarawak.

Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung
Pemilik Kenyalang Cafe, Ralph & Ruby Blewitt.
Sumber : Michael Smith News

Dibuka pada jam 1 tengah hari hingga jam 10 malam, restoran Kenyalang Cafe ini menawarkan pelbagai menu makanan Sarawak.

Ada Nasi Goreng Dabai, weh!

Antaranya seperti menu wajib ada iaitu Laksa Sarawak, Mi Kolok atau Mi Pok, Nasi Goreng Ikan Terubok Masin, Nasi Goreng Dabai serta aneka jenis Mi Jawa.

Lihatlah Laksa Sarawak nya. Memang nampak legit!

Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung
Sumber : FB Izzah Khairul Amin
Sumber : FB Discover Alor Setar
Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung
Sumber : FB Discover Alor Setar

Jika anda terlihat perkataan ‘manok’ dalam menu dan tertanya-tanya apakah maksudnya, ‘manok’ merupakan ayam dalam bahasa Melayu Sarawak.

Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung
Sumber : FB Discover Alor Setar

Bahan-bahan yang digunakan diterbangkan khas dari Sarawak

Keunikan hidangan di restoran ini adalah pada bahan-bahan yang digunakan kerana semuanya diterbangkan khas dari Sarawak. Ia termasuklah serbuk kopi yang digunakan untuk bancuhan menu minuman di sini.

Ini baru betul-betul rasa Sarawak yang kaw!

Suasana di restoran ini pula tampak nyaman, bersih dan selesa dengan dekorasi motif Borneo pada dinding.

Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung
Sumber : FB Discover Alor Setar
Sumber : Michael Smith News
Kenyalang Cafe, Restoran Makanan Sarawak Untuk Anda Yang Tinggal Di Utara Semenanjung
Sumber : Michael Smith News

Tidak perlu ragu-ragu untuk menjamu selera di sini kerana makanan yang dihidangkan di sini adalah halal kerana pemiliknya ialah Muslim.

Bagi anda yang mahu berkunjung ke sini, boleh rujuk peta Google Maps yang telah kami lampirkan sperti berikut.

Orang-orang Kedah dan sekitarnya, jangan lupa untuk cuba makanan Sarawak di restoran ini!

Bagi mereka yang berada di KL pula, anda boleh cuba ke sini untuk menghilangkan craving makanan Sarawak anda.

P/S promosi percuma ini adalah semasa pembukaan cawangan barunya pada bulan Mac yang lepas :

Artikel Berkaitan

Back to top button