fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Makan

Pau Taman Desa Ilmu, Pau RM 1 Sebesar Tapak Tangan Di Samarahan

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
3 Mac 2020
Pau Taman Desa Ilmu, Pau RM 1 Sebesar Tapak Tangan Di Samarahan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Biar Betul? RM 1 Sahaja?

Pau Taman Desa Ilmu, Pau RM 1 Sebesar Tapak Tangan Di Samarahan. Pau merupakan hidangan yang berasal dari China. Ia juga digelar baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow dan kebiasaannya diisi dengan inti seperti manisan, inti berdaging atau sayur-sayuran.

Siapa yang tak suka pau gebu, montok lagi padat intinya? Penduduk Kota Samarahan pastinya sangat kenal akan kehadiran sebuah kedai kecil yang menjual pelbagai jenis pau ini. Walau pun terletak di kawasan perumahan yang agak terselindung dari jalan besar, namun kehebatan pau ini boleh dihidu di mana-mana. Inilah Pau Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.

ADVERTISEMENT
Kredit : FB Menarik di Samarahan
Kredit : FB Menarik di Samarahan

12 Jenis Inti Jadi Pilihan, Berbaloi Giler!

Terletak di Lorong 4, Taman Desa Ilmu (lorong seberang Taka Desa Ilmu), pau ini hanya dijual dengan harga RM 1 sahaja. Tidak seperti kebanyakan pau yang dijual pada waktu pagi dan petang, jualan pau ini dibuka pada waktu malam. Menurut pelanggan yang datang ke sini, keunikan pau Taman Desa Ilmu ini adalah saiz pau nya yang besar. Jika dibandingkan, saiznya adalah sebesar tapak tangan orang dewasa. Selain itu, pau ini juga dijual dengan variasi 12 jenis inti. Cadangan kami, pau yang anda mesti cuba ialah pau black pepper, pau corned beef, dan pau butter milk. Nang nyaman!

Pau Taman Desa Ilmu, Pau RM 1 Sebesar Tapak Tangan Di Samarahan. Kredit : FB Menarik di Samarahan
Kredit : FB Menarik di Samarahan

Bagi anda yang ingin merasai keenakan pau signature Kota Samarahan ini, anda boleh datang ke sini pada sekitar jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam. Tapi, jika anda berlengah, mungkin anda akan terlepas peluang kerana jualan pau di sini laku keras.

ArtikelBerkaitan

Ini Adalah 3 Beef Noodle Sedap Di Miri Anda Perlu Cuba

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri

ADVERTISEMENT

Lokasi : 18, Lorong Desa Ilmu 4, Taman Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

ADVERTISEMENT
Share37181Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy