fbpx
Tempat Makan

The Reef, Restoran Seafood Terbaru Yang Cosy Di Kuching

Dengar Khabar, Pemiliknya Adalah Tauke Kedai No. 25 Topspot Kuching

The Reef, Restoran Seafood Terbaru Yang Cosy Di Kuching. Sekiranya anda merupakan peminat makanan laut, pasti ini merupakan satu khabar gembira buat anda. Apatah lagi jika anda menggemari makanan laut di Topspot Bukit Mata, Kuching. The Reef merupakan restoran makanan laut yang terbaru untuk anda.

Tular perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial Facebook, Esyam Abdul Hassan, yang menyatakan bahawa kedai ini menyajikan pelbagai hidangan makanan laut yang lazat dan menyelerakan. Apa yang lebih menarik perhatian ialah pemilik kedai makanan laut ini merupakan pemilik kedai makanan laut yang sama di Topspot iaitu Kedai No. 25. Jika anda orang lokal, pasti anda tahu mengapa kedai ini sering mendapat tempahan penuh di Topspot. Kedai No. 25 di Topspot Bukit Mata, Kuching merupakan salah satu kedai makanan laut yang paling sedap dengan harga yang berpatutan. Patut lah nyaman!

The Reef, Restoran Seafood Terbaru Yang Cosy Di Kuching
Kredit : FB Esyam Abdul Hassan
The Reef, Restoran Seafood Terbaru Yang Cosy Di Kuching
The Reef, Restoran Seafood Terbaru Yang Cosy Di Kuching. Kredit : FB Esyam Abdul Hassan
Kredit : FB Esyam Abdul Hassan
The Reef, Restoran Seafood Terbaru Yang Cosy Di Kuching
Kredit : FB Esyam Abdul Hassan

Restoran Dua Tingkat Yang Cosy, Siap Ada Ruang Menunggu

Terletak di Jalan Song Thian Cheok (bersebelahan bangunan Maybank), kedai makanan laut dua tingkat ini mempunyai ruang makan yang sangat cosy dan selesa. Ia dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 10 malam. Ruang dalamannya dihiasi dengan dinding akuarium yang menarik dan cantik dipandang. Disebabkan kedai ini sering menerima tempahan yang banyak setiap hari, ruang menunggu disediakan untuk pelanggan. Tambahan pula, dekorasinya disuntik dengan elemen moden membuatkan anda berasa seperti berada di rumah sendiri. Bagi mereka yang gemar mengambil gambar, ruang menunggu ini juga boleh tahan cun untuk berswafoto.

Namun, hiasan dalaman restoran yang cantik sahaja tidak mencukupi. The Reef ini juga terkenal kerana menu makanan laut nya yang menepati selera para pengunjung. Antara hidangan signature mereka ialah sup gamat (sea cucumber soup), oyster egg, ikan bawal mango, mongolian chicken dan butter prawn.

Kredit : FB Esyam Abdul Hassan
The Reef, Restoran Seafood Terbaru Yang Cosy Di Kuching
Kredit : FB Esyam Abdul Hassan
Kredit : FB Esyam Abdul Hassan
Kredit : FB Esyam Abdul Hassan
The Reef, Restoran Seafood Terbaru Yang Cosy Di Kuching
Kredit : FB Esyam Abdul Hassan
The Reef, Restoran Seafood Terbaru Yang Cosy Di Kuching
Kredit : FB Esyam Abdul Hassan

Netizen Puji Kualiti Hidangan Sama Seperti Kedai No. 25

Rata-rata netizen memuji kualiti hidangan di sini adalah lebih kurang sama seperti di kedai nya di Topspot Bukit Mata. Jadi, kalau anda nak makan di ruangan yang lebih private dan tertutup, anda boleh mempertimbangkan untuk menjamu selera di sini.

Seperti kebanyakan kedai makanan laut tertutup yang lain, restoran The Reef juga menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian seperti jamuan makan malam dan sambutan hari jadi. Namun demikian, kami sarankan kepada anda agar membuat tempahan awal kerana kedai ini selalunya ‘full house‘. Takut pula nanti hampa yang anda dapat. Anda juga perlu bijak mencari ruang parkir kerana kawasan ini mempunyai tempat letak kereta yang agak terhad. Kalau tak, jalan kaki pun apa salahnya.

Lokasi : Lot 263, Jalan Song Thian Cheok, 93100 Kuchng, 93100 Kuching, Sarawak

Facebook : The Reef

Artikel Berkaitan

Back to top button