• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Makin Berleluasa, Lelaki Bermotosikal Tercedera Kena Benang Layang-Layang Bersalut Kaca Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
31 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa tercedera kena benang layang-layang semakin ramai.

Makin Berleluasa, Lelaki Bermotosikal Tercedera Kena Benang Layang-Layang Bersalut Kaca Di Kuching. Di Facebook semalam terdapat satu pautan di mana seorang pengguna ini berkongsi kisah tragisnya tercedera terkena benang layang-layang yang disaluti kaca ketika melalui jalan di Tanah Perkuburan Islam, Samariang menggunakan motosikal.

Pengguna tersebut meluahkan rasa kesalnya terhadap orang tidak bertanggungjawab yang meninggalkan benang layang-layang merbahaya tersebut sesuka hati sehingga menyebabkan kecederaan ke atas orang awam.

Makin Berleluasa, Seorang Lelaki Tercedera Kena Benang Layang-Layang Bersalut Kaca Di Kuching
Makin Berleluasa, Seorang Lelaki Tercedera Kena Benang Layang-Layang Bersalut Kaca Di Kuching. Sumber foto: FB Zul Natif Lah Tok

Tercedera di bahagian tangan dan leher

Mangsa dikatakan telah mengalami kecederaan di bahagian tangan dan leher manakala motosikal yang ditunggangnya pula turut mengalami kesan calar.

Perkongsian tersebut juga mendapat perhatian orang ramai di mana masing-masing berasa risau dan kecewa terhadap mereka yang membuang sesuka hati serta menggunakan tali benang layang-layang kaca.

Perkara ini bukan pertama kali berlaku, malah baru-baru ini terdapat juga kes yang sama berlaku kepada beberapa orang mangsa lain.

Makin Berleluasa, Seorang Lelaki Tercedera Kena Benang Layang-Layang Bersalut Kaca Di Kuching
Sumber foto: FB Zul Natif Lah Tok

Bahaya malah boleh meragut nyawa

Sikap meninggalkan/membuang tali benang layang-layang sesuka hati ini bukan sahaja boleh mengakibatkan kecederaan yang serius, malah ia juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Diharap agar ibu bapa mahaupun orang dewasa di luar sana yang main layang-layang, pastikan anda tidak meninggalkan tali tangsi yang anda gunakan sesuka hati.

Sebelum ini perkara yang sama pernah juga terjadi:

Ramai Terkena, Tali ‘Gudi’ Bersepah Hampir Jerut Leher Di Kawasan Masjid Darul Hana
SUMBER :FB Zul Natif Lah Tok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Dekorasi Dibatal Beberapa Jam Sebelum Majlis Di Kapit, Netizen Ikut Luah Perkara Yang Sama
Next Article Disambut Secara Unik, Ini Cara 5 Budaya Di Seluruh Dunia Meraikan Tahun Baru Disambut Secara Unik, Ini Cara 5 Budaya Di Seluruh Dunia Meraikan Tahun Baru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?