Tahniah diucapkan kepada Malaysia Airlines
Malaysia Airlines Diiktiraf Sebagai Kabin Kru Ke 10 Terbaik Di Dunia 2024. Malaysia Airlines dengan bangganya mengumumkan bahawa syarikat penerbangan nasional ini telah tersenarai sebagai Top 10 Kabin Kru Terbaik Dunia oleh Skytrax World Airline Awards 2024.
Pengiktirafan ini adalah satu pencapaian besar yang mencerminkan dedikasi dan komitmen tinggi kru kabin serta kepercayaan daripada para pelanggan setia.

Malaysia Airlines sebaris dengan Singapore Airlines, Qatar Airways
Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Skytrax, Malaysia Airlines berada di tempat ke-10, sebaris dengan syarikat penerbangan terkemuka lain seperti Singapore Airlines di tempat pertama, ANA All Nippon di tempat kedua, dan Garuda Indonesia di tempat ketiga.
Senarai penuh mengikut ranking SkyTrax 2024 adalah seperti berikut:
- ๐ธ๐ฌ Singapore Airlines
- ๐ฏ๐ต ANA All Nippon
- ๐ฎ๐ฉ Garuda Indonesia
- ๐น๐ผ EVA Air
- ๐ญ๐ฐ Cathay Pacific
- ๐จ๐ณ Hainan Airlines
- ๐ฏ๐ต Japan Airlines
- ๐น๐ญ Thai Airways
- ๐ถ๐ฆ Qatar Airways
- ๐ฒ๐พ Malaysia Airlines
Anugerah ini menjadi pemangkin semangat bagi Malaysia Airlines untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Malaysia Airlines juga kini menyasarkan untuk menduduki tempat pertama dalam kategori Kabin Kru Terbaik Dunia menjelang tahun 2025, dan mencapai kedudukan 10 teratas dalam kategori Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia menjelang tahun 2030.
Tempah tiket penerbangan Malaysia Airlines di sini ๐๐ป https://invol.co/cllbtt2

