• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malaysia Berada Di Kedudukan Kedua Di Belakang Taiwan Untuk Tindak Balas Terbaik Terhadap Covid-19

Oleh
ILB - AI
28 Julai 2020
Kongsi
6 Min Bacaan
Malaysia Berada Di Kedudukan Kedua Di Belakang Taiwan Untuk Tindak Balas Terbaik Terhadap Covid-19

Laporan diterbit dari Jepun

Malaysia Berada Di Kedudukan Kedua Di Belakang Taiwan Untuk Tindak Balas Terbaik Terhadap Covid-19. Sebuah laporan penilaian yang diterbitkan dari Jepun mengenai tindak balas terhadap Covid-19 di 49 negara utama di seluruh dunia dikongsi oleh DG Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook.

Isi Isi Penting
  • Laporan diterbit dari Jepun
  • Laporan penilaian dari segi ‘Status Kerosakan Pandemik’ dan ‘Status Kerosakan Ekonomi’
  • Asia Tenggara menakluki kedudukan terbaik dalam peringkat tersebut
  • Forbes menunjukkan pelajaran yang harus diambil dari Malaysia dan Kerala
  • “Key lessons to be learnt,” – Madhukar Pai

Laporan tersebut diterjemahkan oleh beliau dari Bahasa Cina.

Menurut laporan terbabit, Malaysia berada di kedudukan kedua di belakang Taiwan dengan mendapatkan skor keseluruhan sebanyak 144 skor.

Malaysia Berada Di Kedudukan Kedua Di Belakang Taiwan Untuk Tindak Balas Terbaik Terhadap Covid-19
Malaysia Berada Di Kedudukan Kedua Di Belakang Taiwan Untuk Tindak Balas Terbaik Terhadap Covid-19. Hasil lukisan daripada Miey Ali, Abdul Hadi Ramli dan Firdaus Nordin.

Laporan penilaian dari segi ‘Status Kerosakan Pandemik’ dan ‘Status Kerosakan Ekonomi’

Dalam laporan penilaian tersebut, Taiwan telah mencapai hasil yang sangat baik dalam penilaian dan memperoleh 180 skor dari skor keseluruhan 200 mata, menduduki tempat pertama di dunia.

Selepas Taiwan, Malaysia berada di kedudukan kedua, diikuti Hong Kong dengan 143 mata, Thailand dengan 126 mata, China dan Korea Selatan dengan 124 mata, Australia dengan 120 mata, kemudian New Zealand dengan 99 mata.

Jepun berada di kedudukan kelima dengan 95 mata dan Norway berada di kedudukan keenam dengan 90 mata.

Manakala Amerika Syarikat berada di kedudukan ke-41 dengan 24 mata, United Kingdom pula berada di kedudukan ke-43 dengan 23 mata.

Peru berada di kedudukan terendah dalam senarai tersebut, dengan hanya skor keseluruhan 10 mata dari 200 mata.

Malaysia Berada Di Kedudukan Kedua Di Belakang Taiwan Untuk Tindak Balas Terbaik Terhadap Covid-19
Peru berada di kedudukan paling bawah dalam laporan penilaian tersebut.

Asia Tenggara menakluki kedudukan terbaik dalam peringkat tersebut

Laporan tersebut juga menyatakan negara-negara Asia Tenggara adalah yang terbaik dalam peringkat terbabit kerana negara-negara yang disenaraikan telah memperhatikan perkembangan ‘kes yang tidak dikenali’ lebih awal dan melaksanakan kawalan imigrasi lebih awal. Perkara ini telah memberikan kesan yang paling besar.

Disamping itu, laporan terbabit menekankan pada trend kerosakan pandemik dan kerosakan ekonomi masih berkaitan dengan betapa fleksibelnya negara untuk bertindak balas terhadap keadaan terbabit.

Walau bagaimanapun, oleh kerana wabak ini masik berlanjutan, keadaan akibatnya untuk negara-negara ini mungkin berubah.

Forbes menunjukkan pelajaran yang harus diambil dari Malaysia dan Kerala

DG Dr. Noor Hisham juga kongsikan sebuah artikel terbitan Forbes yang memuji usaha Malaysia dan Kerala, India dalam menangani wabak Covid-19 menerusi Facebook.

Menurut artikel terbabit, Forbes menekankan betapa pentingnya kepimpinan yang mantap dan tindak balas yang berkoordinasi dapat membantu dalam menangani pandemik.

“Dalam pandemik Covid-19 yang sedang berlangsung, mudah untuk melihat kepemimpinan yang lemah. Amerika Syarikat, UK, Brazil, dan Sweden adalah kajian kes yang baik mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan.

Tetapi kita juga dapat melihat contoh positif (e.g. Taiwan, Korea Selatan, Vietnam, New Zealand, Australia, Jerman) kepemimpinan yang luar biasa dan tindak balas terkoordinasi terhadap virus tersebut. Seperti yang saya tulis dalam karya saya yang terdahulu, kita dapat belajar banyak dari teladan dalam kesihatan global,” Madhukar Pai, penulis artikel Forbes terbabit.

Dua tokoh dijadikan contoh terbaik dalam artikel tersebut iaitu KK Shailaja, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sosial, Kerala dan Ketua Pengarah Kesihatan negara kita iaitu Dr. Noor Hisham.

Malaysia Berada Di Kedudukan Kedua Di Belakang Taiwan Untuk Tindak Balas Terbaik Terhadap Covid-19
KK Shailaja, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sosial negeri Kerala, India

Kedua-dua pemimpin ini dipuji atas tindak balas mereka yang luar biasa terhadap krisis Covid-19 dan cara mereka menangani wabak sebelumnya seperti virus Nipah dan H1N1.

Malaysia Berada Di Kedudukan Kedua Di Belakang Taiwan Untuk Tindak Balas Terbaik Terhadap Covid-19
DG Dr. Noor Hisham digelar antara pemimpin terhandal di dunia dalam menangani wabak Covid-19.

Dengan hanya 9000 kes Covid-19 dan 123 kematian (pada 26 Julai) untuk Malaysia dan Kerala melaporkan 19,000 kes dan 61 kematian sahaja walaupun masing-masing mempunyai cabaran, Forbes menggesa pemimpin lain untuk contohi kedua-dua tokoh ini dalam menangani wabak Covid-19.

“Key lessons to be learnt,” – Madhukar Pai

Berikut adalah pelajaran utama untuk kejayaan yang dikongsikan oleh Madhukar Pai, berdasarkan interaksi beliau dengan mereka sebelum dan semasa webinar.

  1. Memimpin dari depan
  2. Bertindak lebih awal
  3. Terapkan pendekatan keseluruhan kerajaan
  4. Melabur dalam kesihatan awam
  5. Manfaatkan pengalaman dengan wabak sebelumnya
  6. Kepercayaan kepada sains dan pakar
  7. Libatkan masyarakat untuk kesedaran dan masyarakat yang pandai membaca
  8. Utamakan kedua-dua pesakit Covid-19 dan pesakit bukan Covid-19
  9. Utamakan akses ke alat baru

Walaupun dipuji, ia mesti ditekankan juga ancaman masih ada. Dengan adanya kluster-kluster baharu muncul di Malaysia dan India kini dilaporkan mempunyai 1.4 juta kes Covid-19 yang secara langsung mengancam negeri Kerala, kedua-dua pemimpin tersebut harus kekalkan momentum agar mengawal wabak Covid-19.

Namun dengan kerjasama rakyat, ia tidak mustahil kedua-dua negara tersebut boleh capaikan yang diingini.

Untuk baca lagi artikel Forbes mengenai penjelasan setiap key lessons disenaraikan di atas, anda boleh baca di SINI.

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Perlu Isi Satu Borang Sahaja Untuk Masuk Ke Sarawak Mulai 29 Julai
Next Article Pembedahan Atas Bayi Berjaya, DG Dr. Noor Hisham Tahniahkan Pasukan Perubatan Sarawak Dan Serdang Pembedahan Atas Bayi Berjaya, DG Dr. Noor Hisham Tahniahkan Pasukan Perubatan Sarawak Dan Serdang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?