• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malaysia Catat 20 Kes Terbaharu COVID-19, 4 Kontak Rapat Kes COVID-19 Brunei Di Sarawak Dikuarantin

Oleh
ILB - AI
11 Mac 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
14 Kes Baru COVID-19 Di Malaysia, 50 Jumlah Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini

Sehingga 11 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 20 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan

Malaysia Catat 20 Kes Terbaharu COVID-19, 4 Kontak Rapat Kes COVID-19 Brunei Di Sarawak Dikuarantin. Menurut laporan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka memaklumkan bahawa sehingga 11 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 20 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih sedang dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini terjadi dapat dikenalpasti.Dengan pertambahan 20 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes.

TERKINI: 20 lagi kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia, 11 Mac.

Ini menjadikan 149 kes keseluruhan setakat ini.

Pesakit kes ke-78 pula telah sembuh menjadikan 26 kes sembuh dan discaj hospital.

Kenyataan penuh KKM menyusul.

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 11, 2020

Empat penumpang duduk berhampiran kes pertama COVID-19 Brunei tunggu keputusan ujian makmal

Sementara itu, Empat penumpang dari Sarawak yang duduk berhampiran kes pertama disahkan COVID-19 dari Brunei Darussalam dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri pada 3 Mac, kini menunggu keputusan ujian makmal mereka untuk penyakit itu. Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, empat yang dikenal pasti oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak sebagai penumpang yang duduk berhampiran individu itu menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian mereka.

Malaysia Catat 20 Kes Terbaharu COVID-19, 4 Kontak Rapat Kes COVID-19 Brunei Di Sarawak Dikuarantin

Senarai terbaharu sekatan perjalanan ke Sarawak juga telah dikemaskinikan

Anda boleh rujuk kenyataan media rasmi dari Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seperti di bawah :

SITUASI JANGKITAN COVID-19 DI BRUNEI DAN NASIHAT KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei telah memaklumkan IHR FP Malaysia mengenai kes yang disahkan COVID-19 dikesan di negara itu. Kes tersebut dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020.

Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini melibatkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia. Peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing.

Berikutan dari kejadian COVID-19 di Brunei, KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri perhimpunan tabligh itu:

  1. sekiranya mengalami gejala diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau CPRC Negeri di talian yang disertakan dalam Lampiran 1 atau menghubungi Virtual Health Advisory (kolaborasi KKM bersama DoctorOnCall) melalui pautan di laman sesawang KKM, untuk nasihat lanjut. Selain itu, KKM juga telah berkolaborasi dengan BookDoc di mana orang ramai boleh muat turun aplikasi BookDoc melalui Google Play store (untuk android sahaja) untuk mendapatkan perkhidmatan “Health Advice” dengan doktor secara percuma melalui chat sahaja. Sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri termasuk kerap mencuci tangan dengan cara yang betul, mengamalkan etika batuk dan bersin yang baik serta memakai topeng muka (face mask);

         DAN

  1. sekiranya tidak mengalami gejala untuk mengamalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain selama 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tersebut.

KKM menyeru agar semua yang telah menghadiri perhimpunan ini memberi kerjasama kepada pihak KKM bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak terus merebak dalam komuniti.

KKM juga ingin menggesa agar:

  1. semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku;
  2. sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan;
  3. individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain;
  4. orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19; dan
  5. rakyat Malaysia yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BMW 'Cedera Parah', Trailer Bawa Kereta Mewah Kemalangan Di Jalan Pan Borneo BMW ‘Cedera Parah’, Trailer Bawa Kereta Mewah Kemalangan Di Jalan Pan Borneo
Next Article Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?