• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Manusia Tak Berhati Perut, Kucing Sawan Dibuat Lawak Siap Nak Beri Minum Ketum

Oleh
ILB - AI
19 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Video tular sekumpulan lelaki tidak tolong seekor kucing sedang sawan, malah buat lawak

Manusia Tak Berhati Perut, Kucing Sawan Dibuat Lawak Siap Nak Beri Minum Ketum. Baru-baru ini, satu hantaran video di laman Twitter menarik perhatian orang ramai apabila seekor kucing British Shorthair mengalami kekejangan otot atau sawan.

Namun, amat menyedihkan apabila orang di sekeliling kucing itu hanya sekadar berpeluk tubuh malah membuat lawak tentang keadaan kucing itu yang sedang menanggung kesakitan, lapor sumber.

Manusia Tak Berhati Perut, Kucing Sawan Dibuat Lawak, Siap Nak Beri Minum Ketum
Sumber: Twitter

“Uish kenapa ni, sawan ke ni? Dia kesurupan (dirasuk) ke ni. Eh kita kena Ruqyah dia ni.

“Tak, ni bukan nak mati, ni sawan kucing,” ujar beberapa pemuda dalam perbualan video tersebut yang dipercayai sedang menyaksikan kucing itu diserang sawan tanpa berbuat apa-apa.

Bukan itu sahaja, salah seorang daripada mereka turut mencadangkan supaya kucing itu disiram dengan air untuk menjadikannya ‘segar’ dan kembali normal.

“Siram air dekat muka dia jom. Eh jangan, jangan. Okay jom bagi dia ketum,” kata mereka cuba memikirkan idea yang ‘bangang’ ketika keadaan semakin genting.

Menerusi video itu juga, kelihatan mulut si bulus berjejehan dengan air liur, dan pergerakan badannya sangat agresif.

“Aku tak pasti nak buat apa ni. Kita tolong doakan je. Weh berair mulut dia keluar.

“Hah tengok tu, dia dah okay, nasib baik, buat kita risau je,” kata mereka dengan lega apabila kucing itu mula pulih dari sawan.

Manusia Tak Berhati Perut, Kucing Sawan Dibuat Lawak, Siap Nak Beri Minum Ketum
Sumber: Twitter

Netizen geram dengan lawak bodoh dalam video itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan kumpulan pemuda itu memandang remeh keadaan kucing yang sedang menggelupur menanggung seksa.

“Biasalah Melayu. Bela kucing nak British Shorthair. Kucing kampung tak pandang, bila dah jadi benda macam ni satu benda pun tak tahu. Tahu borak benda kurang bijak je. Tolong rajinkan diri mencari ilmu,” kata netizen.

“Sempat lagi dia rakam tu. Kurang ajar. Manusia tak berguna. Kalau jadi macam ni, pastikan di sekeliling kucing tu tak ada benda yang boleh cederakan dia, buka ruang,” ujar lagi netizen yang lain.

Ada juga yang beri tips dan solusi

Dalam kemarahan netizen, segelintir netizen turut memberikan nasihat dan penyelesaian kepada masalah dihadapi kucing tersebut.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALLL/status/1670258214578057216?s=20

“Kalau boleh, cuba peluk atau pegang badan dia dengan menggunakan kain atau tuala, nampak dalam video kucing tu sawan sampai beberapa kali kepala terhantuk dekat lantai.

“Waktu peluk kucing sawan, cuba usap kepala untuk tenangkan dia, bagi dia rasa panas dan selamat. Cuba panggil nama kucing tu juga, kalau dia boleh bagi reaksi maksudnya dia dah sedar.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tergamak Kurung Kucing Dalam Boot Kereta, Nak Seludup Naik Kargo Ke Sabah
Melakukan Perbuatan Keji, Remaja Lelaki Rogol Kucing Di Koridor
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen 'Kantoikan' No Plat McLaren Bukan Kepunyaan Opai, Rupanya Milik Orang Sarawak Netizen ‘Kantoikan’ No Plat McLaren Bukan Kepunyaan Opai, Rupanya Milik Orang Sarawak
Next Article Tular 20 Rider Thai Dilihat Isi Minyak Petrol RON97, Netizen Malaysia Harap Negara Jiran Lain Ikut Contoh Tular 20 Rider Thai Dilihat Isi Minyak Petrol RON97, Netizen Malaysia Harap Negara Jiran Lain Ikut Contoh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?