• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Marjerin Atau Mentega, Ketahui Mana Sebenarnya Lebih Baik Untuk Kesihatan

Oleh
Aina Musa
4 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Marjerin Atau Mentega, Ketahui Mana Sebenarnya Lebih Baik Untuk Kesihatan

Marjerin Atau Mentega, Ketahui Mana Sebenarnya Lebih Baik Untuk Kesihatan. Sejak sekian lama, kemusykilan dan pertikaian di antara marjerin dan mentega masih lagi sering berlaku.

Yang mana satu diperbuat dari minyak sayuran dan yang mana satu diperbuat dari susu lembu? Mana pula yang mempunyai lebih lemak tepu serta mengandungi lebih nutrisi dan yang mana pula dikatakan lebih menyihatkan?

Marjerin atau mentega?

Seorang pakar dalam bidang ini, Dr Che Puteh Osman membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi memberi sedikit penjelasan kepada orang ramai mengenai persoalan-persoalan tersebut.

Mari kita sama-sama ikuti perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini.

Marjerin Atau Mentega, Ketahui Mana Sebenarnya Lebih Baik Untuk Kesihatan
Marjerin Atau Mentega, Ketahui Mana Sebenarnya Lebih Baik Untuk Kesihatan. Kredit: Che Puteh Osman

Mari kita lihat bagaimana marjerin dihasilkan

Marjerin dihasilkan dari minyak sayuran. Antaranya minyak zaitun, minyak jagung dan minyak sawit.

Minyak sayuran mengandungi asid lemak yang baik untuk kesihatan. Namun begitu, untuk menjadi sapuan, minyak ini akan melalui proses yang dinamakan interesterification.

Ia melibatkan pertukaran sesetengah rantaian antara beberapa jenis asid lemak bagi mengubahsuai sifat fizikal minyak sayuran tanpa penghasilan asid lemak trans.

Marjerin Atau Mentega, Ketahui Mana Sebenarnya Lebih Baik Untuk Kesihatan

Dahulu proses menghasilkan marjerin menggunakan teknik hydrogenation, di mana hidrogen ditambah pada ikatan berganda untuk menjadikan ia ikatan tunggal.

Proses ini menghasilkan asid lemak trans. Asid lemak trans ini yang dikatakan menyebabkan masalah kesihatan. Namun, ia masih lagi kontroversi sampai hari ini.

Apabila ikatan karbon menjadi tunggal, bentuk fizikal minyak sayuran menjadi separa pepejal. Kekerasan bergantung kepada berapa banyak ikatan berganda yang ditukar kepada ikatan tunggal.

Masih ada lagi asid lemak yang mempunyai ikatan berganda dalam marjerin. Sebab itu ia masih boleh jadi sapuan lembut. Kalau semua asid lemak tidak tepu ini menjadi asid lemak tepu, keras kejunglah marjerin ini.

Tetapi dengan teknik interesterification, asid lemak trans tidak terhasil.

Bagaimana mentega dihasilkan?

Mentega dihasilkan dari krim susu lembu. Jadi, ia lebih banyak lemak tepu berbanding marjerin. Mentega ada nutrisi yang tiada dalam marjerin.

Marjerin Atau Mentega, Ketahui Mana Sebenarnya Lebih Baik Untuk Kesihatan

Namun, hari ini banyak mentega yang dicampur dengan minyak sayuran yang dihasilkan dengan cara sama seperti marjerin. Ini bertujuan meningkatkan kualiti sapuan (spreadibility) mentega.

Jika anda mencari mentega yang benar-benar hanya krim susu lembu, baca pada paket untuk pastikan.

Jadi yang mana satu lebih bahaya?

Sebenarnya jika anda benar-benda mengelakkan makanan berkolesterol dan berkalori tinggi, anda kena elakkan kedua-duanya.

Walaupun mentega tiada asid lemak trans, dia ada asid lemak tepu dan kolesterol.

Majerin pula tiada asid lemak tepu dan kolesterol, tetapi mengandungi sejumlah kalori dan jumlah lemak yang hampir sama dengan mentega. Selain itu, marjerin juga kaya dengan vitamin dan mineral lain.

Tetapi jika anda hendak makan, ambillah dengan kuantiti yang kecil seperti yang digariskan dalam garis panduan makanan.

Baca lagi artikel menarik di sini:

Mural Wanita Membuat Kuih Ang Ku Di Jalan Padungan Ini Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Kuching
Hanya RM 5, Mydin Perluas ‘Menu Rahmah’ Ke Sabah Sarawak Pula
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mural Wanita Membuat Kuih Ang Ku Di Jalan Padungan Ini Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Kuching
Next Article Tidak Patuh Spesifikasi Kebersihan, Restoran Di Jalan Ban Hock Kuching Diarah tutup Tidak Patuh Spesifikasi Kebersihan, Restoran Di Jalan Ban Hock Kuching Diarah Tutup

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?