• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah

Oleh
Ismail NA
8 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Berita baik untuk warga pendidikan!

MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah. Dengar khabar IPT dan sekolah tak lama lagi nak buka kan? Susulan itu, syarikat penerbangan nasional Malaysia, Malaysia Airlines telah bersetuju untuk memberikan diskaun tiket penerbangan sebanyak 20% kepada guru, pelajar dan pensyarah untuk mereka pulang ke tempat bekerja masing-masing.

Isi Isi Penting
  • Berita baik untuk warga pendidikan!
  • Kod promo diumumkan oleh KPM, KPT untuk guru dan pensyarah
  • Pelajar perlu daftar program MH Explorer untuk dapatkan diskaun
  • IPT dibuka sepenuhnya pada bulan Oktober 2020
  • Ini pula khabar terbaharu dari syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia :

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah
Sumber : BERNAMA

Menyedari tambang penerbangan yang masih mahal pada ketika ini, pihak kerajaan telah menyarankan agar syarikat penerbangan memberikan harga tambang khas untuk golongan pelajar, guru serta pensyarah. Mereka tidak mempunyai pilihan lain selain kembali ke tempat bekerja semula secara berperingkat.

Kod promo diumumkan oleh KPM, KPT untuk guru dan pensyarah

Tambah nya lagi, diskaun tersebut boleh didapati melalui tempahan atas talian yang dibuat di laman sesawang MAS. Untuk para guru dan pensyarah, kod promo akan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPT) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah
MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah

Pelajar perlu daftar program MH Explorer untuk dapatkan diskaun

Para pelajar pula akan layak menikmati diskaun tersebut serta merta setelah mereka mendaftar untuk program MH Explorer di laman sesawang syarikat penerbangan berkenaan.

Diskaun untuk pelajar ini boleh dinikmati sehingga 30 November atau sehingga keahlian tamat mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh program MH Explorer.

MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah

Tempahan dibuka mulai 9 Julai hingga 10 Ogos untuk tarikh penerbangan dari 10 Julai hingga 30 November 2020.

IPT dibuka sepenuhnya pada bulan Oktober 2020

Dalam perkembangan yang lain pula, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan bahawa IPT kini telah dibuka secara berperingkat. Selain itu, kemasukan sepenuhnya pelajar ke IPT adalah pada bulan Oktober.

Kumpulan pelajar yang kini dibenarkan pulang ke kampus ditambah kepada 4 lagi kategori pelajar iaitu;

  1. Pelajar tempatan di IPTS
  2. Pelajar IPTA tahun 1, 2, 3 dan 4 dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih tubi, praktikal, studio, peralatan khas, peperiksaan badan profesional.
  3. Pelajar tahun 1,2,3 dan 4 yang tidak mempunyai akses internet dan ruang pembelajaran yang selesa
  4. Pelajar antarabangsa dari IPTA/IPTS termasuk pelajar baharu

Walau bagaimanapun, mereka tetap disarankan untuk mematuhi penjarakan sosial serta menjaga kebersihan diri pada tahap yang tertinggi.

Kepada golongan pelajar, guru dan pensyarah, selamat kembali ke arena pendidikan!

Ini pula khabar terbaharu dari syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Di Celahan Hutan Tebal, Kenali Air Terjun Julan Tertinggi Di Sarawak
Next Article Dibuka Secara Berperingkat Mulai Julai, Pelajar IPT Dibenarkan Kembali Ke Kampus Dibuka Secara Berperingkat Mulai Julai, Pelajar IPT Dibenarkan Kembali Ke Kampus

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?