• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

MAS Mohon Maaf Kepada Penumpang Perlu Tunggu Lama Dalam Kabin Pesawat Tanpa Penghawa Dingin

Oleh
Husna Hazmi
12 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
MAS Mohon Maaf Kepada Penumpang Perlu Tunggu Lama Dalam Kabin Pesawat Tanpa Penghawa Dingin

Isu ini melibatkan 3 penerbangan MAS di mana penumpangnya terpaksa menunggu lama dalam kabin pesawat tanpa penghawa dingin.

MAS Mohon Maaf Kepada Penumpang Perlu Tunggu Lama Dalam Kabin Pesawat Tanpa Penghawa Dingin. Dilaporkan bahawa Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) telah mengemukakan permohonan maaf berikutan isu ketidakselesaan penumpang dengan kabin pesawat tanpa penghawa dingin dalam tiga penerbangannya baru-baru ini.

MAS Mohon Maaf Kepada Penumpang Perlu Tunggu Lama Dalam Kabin Pesawat Tanpa Penghawa Dingin
MAS Mohon Maaf Kepada Penumpang Perlu Tunggu Lama Dalam Kabin Pesawat Tanpa Penghawa Dingin

Melibatkan penerbangan MH2536 dari Kuala Lumpur ke Kuching

Isu tersebut melibatkan penerbangan MH2536 dari Kuala Lumpur ke Kuching pada 3 Mei 2022, penerbangan MH2710 dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 8 Mei lalu dan penerbangan MH1205 dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada 9 Mei lepas.

“Malaysia Airlines kesal terhadap ketidakselesaan yang dihadapi penumpang baru-baru ini dan komited untuk meningkatkan proses pemulihan perkhidmatan bagi memastikan pengalaman penumpang tidak diganggu,” menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.

Tambahnya lagi, keadaan yang panas dalam kabin pesawat itu merupakan isu teknikal berasingan yang disebabkan kegagalan Unit Kuasa Bantuan (APU-Auxiliary Power Unit) beroperasi.

MAS Mohon Maaf Kepada Penumpang Perlu Tunggu Lama Dalam Kabin Pesawat Tanpa Penghawa Dingin

Jelasnya, sistem APU digunakan untuk membekalkan bekalan elektrik dan tekanan udara bagi menghidupkan sistem pendingin hawa dan enjin semasa pesawat berada di daratan.

“Apabila kelainan dikesan di darat sebelum berlepas, sebuah pesawat tidak boleh dihidupkan, menyebabkan persekitaran kabin yang panas,” kata kenyataan itu.

Menurutnya lagi, dengan bantuan peralatan di darat di lapangan terbang dan jenis pemeriksaan yang berbeza, masa menunggu mungkin dipanjangkan secara tidak sengaja bagi memastikan pesawat selamat untuk beroperasi.

MAS Mohon Maaf Kepada Penumpang Perlu Tunggu Lama Dalam Kabin Pesawat Tanpa Penghawa Dingin

Bagi mengelak situasi seumpama berulang kembali,

Oleh itu, bagi mengelak situasi seumpama berulang kembali, syarikat penerbangan itu dengan kadar segera memastikan penumpang dipindahkan ke dewan pelepasan dalam tempoh 10 minit selepas isu dikenalpasti ketika proses pembaikan dilakukan.

Malaysia Airlines akan mengesyorkan tindakan seterusnya jika proses pembetulan mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan, ujarnya.

Sepanjang sambutan Hari Raya, Malaysia Airlines mengendalikan 1,800 penerbangan dengan menggunakan 40 buah pesawat bagi memenuhi peningkatan permintaan penerbangan domestik yang telah meningkat secara mendadak.

Pasukan kejuruteraan syarikat penerbangan tersebut juga telah bekerja sepanjang masa bagi memastikan semua pesawat layak terbang dan keselamatan penumpang kekal menjadi keutamaan Malaysia Airlines.

Sebelum ini penumpang MAS ke Sabah terpaksa tunggu 1 jam dalam pesawat tanpa penghawa dingin:

SUMBER :Malaysia Gazette
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Meraba Paha Penumpang Wanita, Pemandu E-Hailing Yang Berusia 53 Tahun Ini Ditahan Di Miri Meraba Paha Penumpang Wanita, Pemandu E-Hailing Yang Berusia 53 Tahun Ini Ditahan Di Miri
Next Article Kemalangan Ngeri Di Jalan FAC Matang Ragut 2 Nyawa Sepasang Suami Isteri Kemalangan Ngeri Di Jalan FAC Matang Ragut 2 Nyawa Sepasang Suami Isteri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?