Sering berlaku kemalangan di Jalan FAC Matang.
Masih Belum Ada Tindakan Dari Pihak Berkuasa, Netizen Gesa Lampu Diperbaiki Di Jalan FAC Matang. Lampu di Jalan FAC Matang, berhampiran Taman KOPODIMS, telah dilaporkan tidak berfungsi sejak tiga bulan lalu mengundang rasa bimbang dalam kalangan pengguna.
- Sering berlaku kemalangan di Jalan FAC Matang.
- Bukan setakat jalan sahaja gelap gelita, lampu trafik pun tak berfungsi dah!
- Video tersebut dikongsi pada 26 Februari 2022
- Kecoh di malam hari raya apabila berlaku sebuah rempuhan yang membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Vivacity Megamall. Baca artikel di bawah:
“Harap pihak berkuasa ambil tindakan, nasib tidak ada kehilangan nyawa atau cedera teruk. Alhamdulillah. Tapi jangan bila dah berlaku yang lagi extreme baru nak buat pembaikan.”
Bukan setakat jalan sahaja gelap gelita, lampu trafik pun tak berfungsi dah!
Baru-baru ini telah tular satu kongsian di laman Facebook, di mana bapa kepada individu tersebut dalam kemalangan di jalan FAC gara-gara jalan yang gelap. Kongsian tersebut turut mengundang rasa bimbang netizen dengan keselamatan penduduk yang menggunakan jalan tersebut.
Nasib baik tidak berlaku kecederaan teruk. Difahamkan melalui perkongsian di Facebook milik Syaza Annisa, bapanya mengalami kemalangan semasa belok di simpang lampu trafik di Jalan FAC Matang dan terlanggar lampu trafik tersebut. Bukan setakat jalan sahaja yang gelap gelita, lampu trafik di tempat kejadian juga difahamkan sudah 4 hari tidak berfungsi.
Kejadian tersebut berlaku pada malam tadi.
Video tersebut dikongsi pada 26 Februari 2022
Sebelum ini juga pernah tular satu video yang dikongsi di laman Facebook milik Sarawak Roads Updates, menunjukkan keadaan di hujung jalan FAC dari arah Matang Jaya ke lampu isyarat Kopodims.
Netizen gesa agar masalah ini cepat diselesaikan oleh pihak yang berwajib kerana ia mampu mendatangkan bahaya dan kebimbangan penduduk akan keselamatan di jalan raya , lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini.
