• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia

Oleh
Ismail NA
26 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Maskot tersebut diberi nama Perry The Bull. Comel!

Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia. Setiap acara sukan, tidak kira lah sama ada sukan tempatan mahu pun antarabangsa, pasti mempunyai maskot yang menjadi identiti dan tanda ingatan orang ramai terhadap sesebuah temasya. Maskot ini pula dicipta khas berdasarkan identiti tuan rumah temasya pada masa tersebut.

Isi Isi Penting
  • Maskot tersebut diberi nama Perry The Bull. Comel!
  • Perry The Bull dicipta oleh kanak-kanak asal Malaysia yang bernama Emma Lou
  • Lembu sempena Bullring, pusat beli belah dan perdagangan penting Birmingham
  • “Rasa seperti dalam mimpi!” – Emma Lou
  • Corak heksagon warna warni lambang kebersamaan negara-negara Komanwel

Untuk pengetahuan anda, Kota Birmingham di England telah dipilih menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel pada tahun 2022 kelak. Maskot rasmi sukan ini juga telah dipertontonkan secara rasmi di laman sesawang rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia
Perry the Bull, maskot rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022. Kredit foto: BBC

Perry The Bull dicipta oleh kanak-kanak asal Malaysia yang bernama Emma Lou

Namun, tahukah anda bahawa maskot Perry The Bull ini sebenarnya dicipta oleh seorang kanak-kanak asal Malaysia? Melalui pertandingan terbuka di United Kingdom pada musim panas tahun lalu, kanak-kanak berusia 5 hingga 15 tahun di negara tersebut dipelawa untuk menghantar maskot ciptaan masing-masing yang melambangkan sejarah, identiti, dan budaya di Birmingham dan West Midlands.

Siapa sangka, ciptaan kanak-kanak asal Malaysia iaitu Emma Lou terpilih untuk dijadikan maskot untuk temasya berprestij dunia tersebut. Emma Lou yang baru sahaja berusia 10 tahun merupakan anak kepada rakyat Malaysia yang berhijrah ke United Kingdom sejak 14 tahun lalu.

Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia
Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia

Lembu sempena Bullring, pusat beli belah dan perdagangan penting Birmingham

Emma memilih lembu sebagai ciptaan maskotnya sempena pusat beli belah terbesar di United Kingdom iaitu Bullring yang juga terletak di Birmingham. Bukan itu sahaja, Bullring ini juga merupakan satu ciri penting kota Birmingham sejak sekian lamanya iaitu dari Zaman Pertengahan lagi.

Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia

Selain itu, corak heksagon digunakan pada lembu adalah sebagai simbolik bahawa semua negara di dunia bergantung kepada satu sama lain memandangkan bentuk tersebut adalah bentuk yang paling kukuh berdasarkan sifat kimia dan hukum fizik.

“Rasa seperti dalam mimpi!” – Emma Lou

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur temasya pada 24 Mac 2021 yang lalu, Emma ternyata berasa sangat teruja kerana rekaannya akan dilihat oleh orang ramai dari seluruh dunia. Bahkan, kanak-kanak yang kini menetap di Bolton, Greater Manchester tersebut berasa seperti dalam mimpi.

Saya rasa maskot tersebut sangat hebat, dia nampak sangat comel. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk datang ke Sukan Komanwel dan melihat Perry pada upacara pembukaan nanti,”

Emma Lou, pencipta maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022

Corak heksagon warna warni lambang kebersamaan negara-negara Komanwel

Perry yang digambarkan sebagai lembu dengan corak heksagon yang berwarna-warni adalah simbol kepada kebersamaan negara-negara Komanwel dengan jalinan kerjasama yang sama rata serta melambangkan komuniti yang pelbagai di Birmingham dan West Midlands.

Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia
Sumber : Sukan Komanwel Birmingham 2022

Selain itu, Perry juga dinamakan sempena Perry Bar di Birmingham, di mana terletaknya Stadium Alexander yang akan menjadi tuan rumah acara olahraga dalam temasya sukan tersebut serta upacara pembukaan dan penutupan.

Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia
Kredit foto: FB Birmingham 2022

Pencapaian yang sangat membanggakan untuk kanak-kanak berusia 10 tahun ini. Tahniah Emma!

Tahukah anda bahawa Sabah juga pernah menyertai Sukan Olimpik sebagai sebuah negara suatu ketika dahulu? Ini cerita selanjutnya:

Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau juga akan beraksi di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022. Baca pencapaian hebat beliau di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sistem Perparitan Kecil Punca Kerap Banjir, Penduduk Muara Tuang Park Luah Rasa Kecewa Sistem Perparitan Kecil Punca Kerap Banjir, Penduduk Muara Tuang Park Luah Rasa Kecewa
Next Article Muzium Negeri Sarawak Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Dalam Tempoh 2 Tahun Lagi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?