• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Maxim : E-Hailing Baru, Pencabar Grab,MyCar di Kuching

Oleh
Ismail NA
24 September 2019
Kongsi
2 Min Bacaan
Di sisi positif, pelanggan terutamanya para pelancong mempunyai pilihan pengangkutan yang lebih banyak mengikut kepuasan masing-masing
Sumber : Maxim Kuching

Maxim : E-Hailing Baru, Tawaran Tambang Serendah RM1!

Sekiranya anda pernah terlihat kereta berpelekat kuning dengan tulisan Maxim semasa berhenti di lampu trafik dan terlintas di fikiran anda ;

“Nak pa benda Maxim tok?” (Maxim ni apa?)

Yupp! Anda sebenarnya sedang melihat sebuah kenderaan yang sedang menjalankan perkhidmatan e-hailing, sama seperti Grab, MyCar dan seumpamanya.

Maxim : E-Hailing Baru, Pencabar Grab, MyCar di Kuching

Maxim merupakan sebuah syarikat e-hailing yang berasal dari Rusia dan mula beroperasi sejak tahun 2003. Sehingga kini, sebanyak 455 buah bandar di seluruh dunia sudah mempunyai Maxim. Bandaraya Kuching merupakan antara bandar yang terawal mempunyai perkhidmatan ini di Malaysia selain daripada Kuantan, Seremban dan Kota Kinabalu.

Maxim : E-Hailing Baru, Pencabar Grab, MyCar di Kuching
Sumber : Maxim Kuching

Sejak beberapa bulan ini, perkhidmatan ini dilihat semakin rancak bergerak di sekitar Bandaraya Kuching kerana dikhabarkan tambang perjalanannya agak murah berbanding servis e-hailing yang lain. Lebih menarik, ada kadar tambang yang dikenakan serendah RM1 sahaja! Malah, anda boleh mendapat mata ganjaran sebanyak RM7 untuk tempahan pertama anda. Tinjauan juga mendapati Maxim kini semakin popular dalam kalangan pelajar yang semestinya mempunyai bajet yang tight.

Bagi mereka yang sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pemandu servis e-hailing namun terhalang kerana tidak cukup syarat, barangkali takdir anda ada pada Maxim. Untuk menjadi pemandu Maxim, syaratnya cukup simple. Asalkan anda mempunyai kereta, tak kisah lebih atau kurang daripada 10 tahun, dan lesen memandu, voila! Daftar dan anda sudah boleh menjana pendapatan sendiri.

Sumber : Maxim Kuching

Kehadiran Maxim ini sudah tentu memberi saingan yang hebat kepada servis e-hailing yang lain seperti Grab dan MyCar. Di sisi positif, pelanggan terutamanya para pelancong mempunyai pilihan pengangkutan yang lebih banyak mengikut kepuasan masing-masing. Selain itu, kepelbagaian pilihan ini juga menjadikan Bandaraya Kuching sebagai sebuah bandaraya yang mudah diakses ke mana sahaja. Paling penting, jimat masa, wang dan tenaga.

Adakah perkhidmatan e-hailing yang lain akan terjejas dengan kehadiran Maxim? Apa komen anda? Yang mana satu lebih berbaloi? Like dan share post ini serta kongsikan pengalaman anda menjadi penumpang atau pun pemandu e-hailing.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Bandar Di Sarawak Kini Berada Di Tahap IPU Berbahaya 5 Bandar Di Sarawak Kini Berada Di Tahap IPU Berbahaya
Next Article Video Travel Ciptaan Anak Sarawak Terima Anugerah Antarabangsa di Kazakhstan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?