• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Maxim Raikan Gawai dan Kaamatan Melalui Kanvas Bergerak Artis Tempatan

Oleh
Ismail NA
5 Jun 2026
Kongsi
5 Min Bacaan

Penyatuan Komuniti, Budaya dan Kreativiti di Seluruh Sarawak

Maxim Raikan Gawai dan Kaamatan Melalui Kanvas Bergerak Artis Tempatan. Sambutan Gawai dan Kaamatan pada tahun 2026 ini tampil dengan impak yang lebih besar dan bermakna. Jika sebelum ini kita sering melihat perayaan ini disambut di kawasan kampung atau pusat kebudayaan terpilih, kali ini jenama e-hailing terkemuka, Maxim E-hailing Malaysia, mengambil langkah drastik untuk membawa kehangatan pesta tersebut terus ke jalan raya utama di enam bandar sekitar Sabah dan Sarawak.

Bermula dari 25 Mei hingga 4 Jun 2026, Maxim telah melaksanakan satu kempen mega yang menumpukan kepada kemudahan pergerakan masyarakat setempat dan pelancong. Menyedari bahawa isu kesesakan lalu lintas dan kesukaran mencari parkir sering menjadi cabaran utama ketika musim perayaan, syarikat ini telah menawarkan inisiatif yang sangat dinanti-nantikan: perjalanan percuma dari lokasi utama sambutan perayaan.

Maxim Raikan Gawai dan Kaamatan Melalui Kanvas Bergerak Artis Tempatan
Maxim Raikan Gawai dan Kaamatan Melalui Kanvas Bergerak Artis Tempatan

Ride Percuma Sempena Gawai dan Kaamatan

Langkah ini bukan sahaja memudahkan urusan logistik, malah memberikan penjimatan yang signifikan kepada ribuan pengguna. Di Sabah, perjalanan percuma ini memfokuskan kepada lokasi ikonik seperti:

  • Kota Kinabalu: Khusus buat pengunjung Pertandingan Unduk Ngadau di Dewan KDCA.
  • Sandakan: Menghubungkan orang ramai ke Fun Fair di Borneo Fun Park.
  • Tawau: Menyokong kemeriahan acara LikeFest 2026.

Sementara itu, di Sarawak pula, Maxim telah memperkenalkan kereta bertemakan Gawai yang dihias khas dengan elemen budaya Sarawak. Kenderaan bertemakan Gawai yang berwarna-warni membanjiri jalan-jalan utama di tiga bandar besar iaitu Kuching, Miri, dan Bintulu. Kehadiran kenderaan bertema ini bukan sahaja menceriakan suasana landskap bandar, malah memberikan pengalaman menaiki pengangkutan yang unik dan sarat dengan nilai tradisi.

Kreativiti Artis Tempatan Jadi Penghubung Antara Budaya dan Komuniti

Satu perkara yang membezakan kempen Maxim kali ini adalah komitmen mendalam mereka terhadap ekonomi kreatif tempatan. Maxim telah menjalin kolaborasi strategik bersama barisan pelukis dan artis seni dari Sabah dan Sarawak untuk menghasilkan poskad edisi terhad.

Di Sabah, keindahan budaya Kaamatan dizahirkan melalui sentuhan magis Rosemary Yvonne Marcus, Logiman J. Gamad, dan Sabating Ev Baron Kampiau. Manakala di Sarawak, keunikan motif Gawai dihidupkan semula melalui karya kreatif Lim Mei Joo dan Amey Sheikh Ali. Hasilnya, lahirlah satu siri poskad eksklusif yang memaparkan tradisi, motif etnik, dan simbol budaya Borneo yang sangat autentik.

Menariknya, poskad-poskad ini tidak dijual di mana-mana kedai. Ia diedarkan secara percuma kepada penumpang bertuah yang menaiki kenderaan kempen ini. Poskad ini juga direka khas dengan ruang kosong untuk mereka menulis ucapan atau refleksi peribadi tentang apa makna perayaan Gawai dan Kaamatan buat diri mereka. Di zaman serba digital ini, mendapat poskad fizikal yang boleh ditulis tangan pastinya memberikan satu perasaan nostalgia yang sangat bermakna.

Maxim Raikan Gawai dan Kaamatan Melalui Kanvas Bergerak Artis Tempatan
Kempen ini lebih istimewa kerana Maxim turut bekerjasama dengan dua artis tempatan Sarawak yang berbakat besar, Lim Mei Joo dan Amey Sheikh Ali.

Menggembirakan Hati Komuniti Setempat

Menurut Pengarah Maxim E-hailing Malaysia, Mohd Hazwan Musley, kempen ini mencerminkan kemudahan pengangkutan yang boleh berjalan seiring dengan usaha menyokong seni dan budaya tempatan.

Kaamatan dan Gawai bukan sekadar perayaan, tetapi merupakan identiti dan semangat komuniti yang hidup dalam masyarakat Sabah dan Sarawak. Adalah penting bagi kami bukan sahaja membantu orang ramai bergerak dengan mudah ke lokasi sambutan, tetapi juga menyokong budaya tempatan. Sebab itulah kami menghasilkan poskad ini bersama para artis tempatan—sesuatu yang dapat terus dikenang oleh penumpang walaupun selepas perjalanan mereka berakhir,” kongsi beliau dengan mesra.

Ini jelas membuktikan bahawa perkhidmatan harian seperti e-hailing Maxim pun boleh menjadi sangat dekat di hati masyarakat apabila dihargai dengan cara yang betul. Langkah kecil seperti menyediakan tambang percuma dan mengedarkan hasil seni artis tempatan telah berjaya menukar perjalanan biasa menjadi satu kenangan manis sempena musim perayaan.

Selamat menyambut Hari Gawai buat semua, Gayu Guru Gerai Nyamai!

Baca juga kisah menarik pemandu Maxim yang pernah kami terbitkan sebelum ini:

Pemandu Miri Ini Berjaya Ubah Takdir Hidup Melalui Maxim Selepas Pembedahan Besar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Next Article Rekod Malaysia Tercatat di Sambutan Gawai Annah Rais, Meriah Dengan 9,000 Pengunjung

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?