• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Orang Awam Temui Mayat Lelaki Dalam Parit Di Tudan Miri

Oleh
Husna Hazmi
9 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa merupakan warga emas berusia 67 tahun

Orang Awam Temui Mayat Lelaki Dalam Parit Di Tudan Miri. Dilaporkan, penduduk di kawasan pusat komersial Tudan semalam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah parit berhampiran. Orang awam mula menyedari tubuh yang tidak bergerak di dalam parit tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Tho Chin Chiang, 67, dan telah dikenal pasti sendiri oleh abangnya, Toh Chin Huat, yang segera bergegas ke lokasi selepas menerima berita mengejutkan ini.

Orang Awam Temui Mayat Lelaki Dalam Parit Di Tudan Miri
Orang Awam Temui Mayat Lelaki Dalam Parit Di Tudan Miri. Sumber gambar: Utusan Borneo

Mangsa sering dilihat berjalan di sekitar kawasan itu

Menurut sumber, mangsa sering dilihat berjalan di sekitar kawasan itu sebelum kejadian berlaku.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada polis pada jam 5.32 petang, 8 Januari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong dikerahkan ke lokasi.

Setibanya mereka pada jam 5.40 petang, operasi segera dimulakan untuk mengeluarkan mangsa dari parit berkenaan. Setelah mendapat kebenaran daripada pasukan penyiasat polis, bomba bertindak mengangkat mayat mangsa dan menyerahkannya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan serta siasatan lanjut.

Buat masa ini, punca kejadian masih belum diketahui, dan siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Dua Pelaburan Mega Bernilai Bilion Dari Australia Bakal Masuk Ke Sarawak
Pegawai Penguat Kuasa Di Sibu Kini Bakal Menggunakan Kamera Badan
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pegawai Penguat Kuasa Di Sibu Kini Bakal Menggunakan Kamera Badan
Next Article Kenali Ikan Bauk, Ikan Terkecil Di Dunia Yang Hanya Didapati Di Sungai Batang Sadong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?