• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Inisiatif Meet-The-Experts B2B dan FAM Trip ke Sibu Serlah Sarawak Sebagai Destinasi Pelancongan Premium

Oleh
Ismail NA
18 Februari 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Inisiatif untuk Tarik Minat Industri Pelancongan ke Sarawak

Inisiatif Meet-The-Experts B2B dan FAM Trip ke Sibu Serlah Sarawak Sebagai Destinasi Pelancongan Premium. Tourism Malaysia, bersama Sarawak Tourism Board, Business Events Sarawak, dan Sarawak Trade and Tourism Office Singapore, telah menganjurkan sesi perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan seminar yang menyatukan pemain industri pelancongan tempatan dengan ejen pelancongan dari Singapura.

Acara “Meet-The-Experts” ini turut disusuli dengan FAM Trip selama 4 hari 3 malam ke Sibu bersama pemain industri Singapura, yang menonjolkan warisan budaya, keanekaragaman etnik, dan keunikan kulinari Sarawak.

Inisiatif Meet-The-Experts B2B dan FAM Trip ke Sibu Serlah Sarawak Sebagai Destinasi Pelancongan Premium
Inisiatif Meet-The-Experts B2B dan FAM Trip ke Sibu Serlah Sarawak Sebagai Destinasi Pelancongan Premium

Peluang Menjalin Kerjasama dan Berkongsi Ilmu

Bertempat di Riverside Majestic Hotel Puteri Wing, acara ini menyaksikan kehadiran 18 ejen pelancongan dari Singapura yang bertemu dengan 25 wakil dalam kalangan industri pelancongan Malaysia, termasuk ejen pelancongan, pemilik produk pelancongan, dan pengusaha hotel. Pertemuan ini telah membuka ruang untuk perbincangan produktif, perkongsian pengetahuan, dan pembangunan hubungan strategik antara pihak-pihak yang terlibat.

26 penerbangan mingguan bakal tingkat peluang pelancongan Sarawak-Singapura

Acara tersebut secara rasmi dibuka oleh Puan Rubiah Tul Adwiyah Haji Md. Yusof, Pengarah Tourism Malaysia Sarawak yang baru dilantik. Dalam ucapannya, beliau menekankan betapa pentingnya kerjasama dan inovasi dalam mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama.

“Inisiatif ini dijangka menghasilkan pakej pelancongan yang menarik dan menyasarkan pengunjung dari Singapura. Dengan 26 penerbangan mingguan antara Singapura dan Sarawak, kami optimis dapat menarik lebih ramai pelancong, terutama menjelang Visit Malaysia 2026,” ujar beliau.

Inisiatif Meet-The-Experts B2B dan FAM Trip ke Sibu Serlah Sarawak Sebagai Destinasi Pelancongan Premium

FAM Trip ke Sibu – Menyingkap Pesona Alam dan Budaya Iban dan Melanau

Selain daripada sesi B2B yang informatif, FAM Trip ke Sibu memberikan peluang kepada peserta untuk mengalami sendiri keindahan Hutan Hujan Borneo, menyusuri Sungai Rajang – sungai terpanjang di Malaysia, dan mengenali lebih dekat budaya Iban serta jejak warisan Melanau.

Kelazatan masakan tempatan dan keramahan penduduk setempat bakal menjadi sorotan pengalaman yang ditawarkan, menjadikan setiap detik perjalanan penuh dengan nilai dan kenangan.

Kejayaan Program Meet-The-Experts Sejak 2022

Dilancarkan pada tahun 2022, program “Meet-The-Experts” telah berjaya membina jambatan antara rakan kongsi pelancongan Malaysia dan Singapura. Bermula di Johor Bahru dan seterusnya diadakan di Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, dan Kelantan, inisiatif ini telah menghasilkan 268 pakej pelancongan unik yang menampilkan keindahan tersembunyi serta kekayaan budaya Malaysia.

Peranan Utama Pasaran ASEAN Terutamanya Singapura

Pasaran ASEAN terus memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan Malaysia, dengan Singapura menjadi sumber utama pelancong. Sumbangan Singapura kepada 18.9 juta pelawat dari Januari hingga Disember 2024 adalah bukti jelas betapa strategiknya pasaran ini dalam menggerakkan ekonomi pelancongan negara. Melalui inisiatif seperti “Meet-The-Experts”, jalinan kerjasama antara Malaysia dan Singapore dijangka akan semakin kukuh.

Inisiatif Meet-The-Experts B2B dan FAM Trip ke Sibu Serlah Sarawak Sebagai Destinasi Pelancongan Premium

Acara ini telah berjaya mengukuhkan sinergi antara industri pelancongan Malaysia dan Singapura serta membuka peluang untuk inovasi dalam pembangunan pakej pelancongan. Dengan pendekatan yang strategik, Sarawak bersedia untuk terus memikat hati pelancong melalui keindahan alam, kekayaan budaya, dan keramahan masyarakatnya.

Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan perniagaan, malah turut menyemarakkan lagi minat pelancong terhadap destinasi yang semakin mencuri perhatian


Teruskan memberi sokongan dan raikan usaha-usaha dalam memartabatkan industri pelancongan tempatan demi kesejahteraan bersama.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Majikan Wajib Lapor Penamatan Kerja atau Kematian Pekerja kepada LHDN untuk Pelepasan Cukai
Next Article Rangkaian Pengedar Ford Dikembangkan Ke Luar Bandar Sabah Sarawak, Tampung Permintaan Pelanggan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?