Seorang mekanik dari Sibu kehilangan sekitar RM41K akibat penipuan pinjaman (loan scam)
Mekanik Dari Sibu Rugi RM41K Akibat Penipuan Pinjaman Di Facebook. Dilaporkan seorang mekanik di Sibu telah rugi RM41,980 setelah ditipu oleh sebuah syarikat pinjaman menerusi Facebook.
Mangsa melihat iklan pinjaman di laman sosial Facebook
Menurut laporan, mangsa berusia 45 tahunitu melihat iklan pinjaman syarikat berkenaan di Facebook pada 28 Februari lalu.
Mangsa kemudian memohon RM40,000 untuk membayar pinjaman perumahannya.
Seorang individu bernama ‘Vincent’ menghubungi mangsa setelah mangsa meninggalkan komen di iklan terbabit. Mangsa kemudian diberitahu bahawa pinjamannya telah diluluskan, namun pembayaran perlu dibuat untuk memproses yuran.
Hanya menyedari penipuan apabila pinjaman tidak diberi
Mangsa memindahkan sejumlah RM41,980 dalam 14 transaksi ke 7 akaun berbeza dari lima bank, dengan pertama kali memindahkan RM980 untuk perlindungan insurans pada 4 Mac, diikuti dengan pembayaran kedua sebanyak RM2,000 untuk pembukaan akaun pada 5 Mac.
Pembayaran terakhir dibuat pada 15 Mac dengan RM5,000 dipindahkan.
Mangsa hanya menyedari bahawa dia ditipu apabila pinjaman yang sepatutnya diberi tidak diterima olehnya meskipun menyelesaikan pembayaran terbabit.
Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mangsa hanya menyedari dia ditipu setelah dia masih tidak menerima pinjaman walaupun dia telah menyelesaikan pembayarannya, katanya.