• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rebut Peluang Menang Hadiah Pertandingan Fotografi Dan Videografi Para SUKMA Sehingga RM3K

Oleh
Nazihah AN
19 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pertandingan Fotografi & Videografi Para SUKMA 2024 Kini Dibuka!

Rebut Peluang Menang Hadiah Pertandingan Fotografi Dan Videografi Para SUKMA Sehingga RM3K. Bagi memeriahkan suasana Sukan Para SUKMA XXI 2024, satu pertandingan Fotografi dan Videografi telah dianjurkan. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan akan berlangsung sepanjang tempoh acara sukan ini.

Tiga kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Terbuka, Kategori Belia, dan Kategori Videografi, dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai sebanyak RM15,500.

Rebut Peluang Menang Hadiah Pertandingan Fotografi Dan Videografi Para SUKMA Sehingga RM3K
Kredit gambar: FB JapenSarawak

Hantarkan Penyertaan Anda Sebelum 6 Oktober

Kategori Terbuka menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 untuk tempat pertama, RM2,000 untuk tempat kedua, dan RM1,000 untuk tempat ketiga. Selain itu, lima pemenang hadiah saguhati akan menerima RM200 setiap seorang.

Dalam Kategori Belia, pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM2,000, tempat kedua RM1,000, dan tempat ketiga RM750. Lima pemenang saguhati juga akan menerima RM100 setiap seorang.

Bagi Kategori Videografi, hadiah RM2,000 disediakan untuk pemenang tempat pertama, RM1,000 untuk tempat kedua, dan RM750 untuk tempat ketiga. Lima pemenang saguhati akan membawa pulang RM100 setiap seorang.

Syarat Penyertaan

Hanya gambar dan video yang diambil sepanjang tempoh pertandingan hingga upacara penutupan akan diterima sebagai penyertaan. Pertandingan ini berlangsung dari 18 hingga 29 September 2024, dan tarikh akhir penghantaran adalah pada 6 Oktober 2024, jam 11:59 malam.

Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Mereka yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur melalui WhatsApp di +60138181889 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Jadi Rebutan Beberapa Negara Besar, Ini Sejarah Dan Konflik Pulau Layang-Layang Di Sabah
Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China

SUMBER :FB Jabatan Penerangan Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Ungguli Kejohanan Terjun MSSM 2024, Raih 15 Pingat
Next Article Beban Bagi Peniaga Kecil, Muafakat Persoal Cadangan Wajibkan Sijil Halal Bagi Semua Restoran

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?