• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Menarik Dan Unik, Ini 5 Gerai Paling Best Di Kuching Food Festival 2022

Oleh
Husna Hazmi
10 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kalau anda pening tak tahu nak makan di mana, anda boleh cuba makanan di sini.

Menarik Dan Unik, Ini 5 Gerai Paling Best Di Kuching Food Festival 2022. Setelah 2 tahun tidak beraksi, Kuching Food Festival tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Mana tidaknya, terdapat lebih dari 300 gerai makanan menarik menanti anda di sini.

Isi Isi Penting
  • Poppis Kch
  • Dayang Rina
  • Al-Ammar
  • Pinoy Lechon Baboy (Non-Halal)
  • Crocodile Herb Soup (Non-Halal)

Walaupun mempunyai lebih dari 300 gerai makanan yang menarik, orang ramai masih lagi tak tahu nak cuba makanan di mana kerana confuse banyak sangat gerai makan.

Jadi dalam artikel ini kami ingin berkongsi kepada anda 5 gerai menyajikan makanan unik yang juga mendapat rating dan komen baik daripada para pelanggan.

Poppis Kch

Menarik Dan Unik, Ini 5 Gerai Paling Best Di Kuching Food Festival 2022
Menarik Dan Unik, Ini 5 Gerai Paling Best Di Kuching Food Festival 2022

Merupakan hidangan pencuci mulut unik menggandingkan kulit popia disaluti pisang yang digoreng sehingga rangup kemudian ditoppingkan bersama coklat, green tea, keju dan banyak lagi, gerai ini menjadi pilihan kegemaran ramai pelanggan. Dijamin Halal, Poppis Kch ini juga mendapat rating yang amat tinggi daripada pelanggannya.

Menarik Dan Unik, Ini 5 Gerai Paling Best Di Kuching Food Festival 2022
Menarik Dan Unik, Ini 5 Gerai Paling Best Di Kuching Food Festival 2022

Dayang Rina

Menyajikan hidangan unik yang sukar didapati di Kuching, Gerai Dayang Rina ini menawarkan menu seperti Oyster segar, Vietnamese Spring Rolls, Latok segar, Oyster Cheese, Nasi Daging Harimau Menangis, dan banyak lagi. Turut mendapat maklum balas yang positif daripada pelanggan, anda perlu cuba makanan yang disediakan di gerai ini.

Menarik Dan Unik, Ini 5 Gerai Paling Best Di Kuching Food Festival 2022

Al-Ammar

Gerai Al Ammar ini amat popular sekali di Kuching Food Festival kerana ia merupakan satu-satunya gerai yang menawarkan menu makanan Labanese. Antara menu kegeraman orang ramai di sini adalah Shawarma dan juga Kunafa! Al Ammar ini adalah salah satu gerai yang anda mesti cuba jika singgah di Kuching Food Festival.

Pinoy Lechon Baboy (Non-Halal)

Jika anda minat makanan ekstrem dan unik, anda perlu cuba makanan di sini. Menu paling terkenal di sini adalah balut yang merupakan makanan eksotik dari Filipina. Balut adalah telur itik/ayam yang telah disenyawakan sehingga mempunyai hampir cukup sifat dan kemudiannya direbus untuk dimakan. Siapa yang hati kental dan berani mencuba sesuatu yang baru, anda disarankan untuk mencuba balut di sini.

Crocodile Herb Soup (Non-Halal)

Merupakan gerai tarikan utama bagi semua yang singgah ke Kuching Food Festival, gerai ini menawarkan menu paling unik menu daging buaya. Daging buaya di sini disediakan dengan sup herba dan digoreng. Bagi anda yang ingin mencuba daging buaya, anda boleh singgah ke Kuching Food Festival.

Lagi di sini tempat makan menarik di Kuching:

Bukan Sahaja Menu Yang Enak, Siap Boleh OOTD Lagi! Jom Ke Prairie Cafe & Grill Di Kuching
Port Sarapan Popular Di Satok, Jom Cuba Roti Canai Tsunami Di Canai Anjang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut
Next Article TGV Tambah 1 Kotak Popcorn Percuma Jika Anda Beli Guna Apple Pay Maybank

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?