• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengamuk Dengan Keluarga, Penagih Dadah Bertindak Bakar Rumah Sendiri Sehingga Ranap Di Mukah

Oleh
Husna Hazmi
2 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Rumah tersebut ranap terbakar.

Mengamuk Dengan Keluarga, Penagih Dadah Bertindak Bakar Rumah Sendiri Sehingga Ranap Di Mukah. Dadah membawa padah, dilaporkan seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah di Skim Penempatan Semula Kampung Sungai Alo Mukah bertindak membakar rumahnya sehingga musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias, suspek yang berusia 30 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mengamuk Dengan Keluarga, Penagih Dadah Bertindak Bakar Rumah Sendiri Sehingga Ranap Di Mukah
Mengamuk Dengan Keluarga, Penagih Dadah Bertindak Bakar Rumah Sendiri Sehingga Ranap Di Mukah

Suspek telah ditangkap polis

Suspek telah ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada anggota Balai Polis Mukah lebih kurang jam 8.30 malam, semalam.

Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai marah terhadap adik beradiknya kerana mengesyaki mereka telah melaporkan kegiatannya menagih dadah kepada pihak berkuasa.

Oleh demikian, suspek telah bertindak membakar rumah yang didiaminya serta 12 lagi penghuni lain sehingga hangus terbakar. Tiada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan namun segala barang peribadi penghuni rumah berkenaan tidak sempat diselamatkan.

Mengamuk Dengan Keluarga, Penagih Dadah Bertindak Bakar Rumah Sendiri Sehingga Ranap Di Mukah
Sumber foto: Suara Sarawak

Rumah tersebut ranap terbakar

Keseluruhan rumah berkenaan ranap terbakar dan setakat ini pihak berkuasa belum lagi dapat menganggarkan kerugian.

Api berjaya dipadamkan oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat Mukah rumah kampung jenis kayu setingkat dengan empat bilik tersebut.

Suspek kemudiannya ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan pada hari ini bagi meneruskan siasatan lanjut dan ujian air kencing ke atas suspek juga akan dilakukan.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan kes masih dalam siasatan.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Terlalu Kotor, 10 Premis Makanan Di Kuching Diarah Tutup Serta Merta
Pembekal Kerajang Tembaga Kenderaan EV, Syarikat Ternama Korea Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pembekal Kerajang Tembaga Kenderaan EV, Syarikat Ternama Korea Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu Pembekal Kerajang Tembaga Kenderaan EV, Syarikat Ternama Korea Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu
Next Article Hanya Tukar 'Screen Protector', Tapi Pelajar Ini Disuruh Bayar RM1.5K Pula Sebagai 'Insurans' Hanya Tukar ‘Screen Protector’, Tapi Pelajar Ini Disuruh Bayar RM1.5K Pula Sebagai ‘Insurans’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?