• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Mengenali Lebih Dekat Kaum Melanau, Ketahui Pesta Kaul Acara Tahunan Unik Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
27 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Mengenali Lebih Dekat Kaum Melanau, Ketahui Pesta Kaul Acara Tahunan Unik Di Sarawak

Pesta Kaul di Mukah telah berlangsung sehingga 1 Mei 2023

Mengenali Lebih Dekat Kaum Melanau, Ketahui Pesta Kaul Acara Tahunan Unik Di Sarawak. Pesta Kaul Mukah merupakan sebuah acara tahunan yang unik dan menarik yang diadakan di Mukah, Sarawak.

Pesta ini merupakan pesta keramaian masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan upacara dan adat resam yang menarik serta unik.

Mengenali Lebih Dekat Kaum Melanau, Ketahui Pesta Kaul Acara Tahunan Unik Di Sarawak
Kredit gambar: FB Mohammad Gadafi Mas

Masih belum terlambat, anda boleh ikut serta pesta yang unik ini!

Acara ini biasanya diadakan pada hujung bulan April. Dan bagi anda yang tidak mahu ketinggalan, mari meriahkan pesta ini sehingga 1 Mei 2023.

Dahulunya, Kaul ini adalah sejenis pesta keagamaan yang diraikan oleh masyarakat Melanau ‘pagan’. Ia adalah upacara pemujaan untuk mereka memohon restu daripada penunggu di laut, darat dan hutan agar mendapat ketenteraman serta keselamatan ketika melakukan aktiviti seharian mereka mencari rezeki di tempat- tempat tersebut.

Pesta ini biasanya diadakan mengikut kalendar  kaum Melanau pagan yang menandakan berakhirnya musim tengkujuh yang telah mendatangkan kesan dalam kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Di mana sungai, laut dan hutan tempat utama sumber pendapatan mereka.

Mengenali Lebih Dekat Kaum Melanau, Ketahui Pesta Kaul Acara Tahunan Unik Di Sarawak
Kredit gambar: FB Mohammad Gadafi Mas

Pesta kaul telah dijadikan sebagai medan perkelahan komuniti terbesar bagi masyarakat Melanau.

Bahkan kini, ia menjadi salah satu pesta yang bukan sahaja dapat menghimpunkan  masyarakat Melanau secara khususnya, malah telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin turut sama berkongsi kemeriahan pesta Kaul.

Pesta Kaul Mukah menjadi salah satu acara yang sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat Mukah dan sekitarnya, serta menjadi daya tarik bagi wisatawan yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kebudayaan dan tradisi Melanau.

Mengenali Lebih Dekat Kaum Melanau, Ketahui Pesta Kaul Acara Tahunan Unik Di Sarawak
Kredit gambar: FB Mohammad Gadafi Mas

Lagi acara menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Ada Lumba Kerbau, Pesta Babulang Limbang Dijangka Lebih Meriah Tahun Ini
SapotLokal Sambil Ketahui Pelbagai Budaya, Borneo Native Festival Bakal Diadakan Di Pasar Seni KL
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Australia Deklasifikasikan Laporan Double Six, Setuju Dengan Penemuan Malaysia Tapi Ada Info Tambahan Australia Deklasifikasikan Laporan Double Six, Setuju Dengan Penemuan Malaysia Tapi Ada Info Tambahan
Next Article Tular Video Tembakan Didakwa Berlaku Di Pasar Sayur Serikin, Rupa-Rupanya Berlaku Di Thailand Tular Video Tembakan Didakwa Berlaku Di Pasar Sayur Serikin, Rupa-Rupanya Berlaku Di Ecuador

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?