Selain sarapan pagi, anda boleh menikmati lunch dan dinner anda di sini juga!
Mengidam American Breakfast? Anda Boleh Cuba Hey! Hey! Cafe Di Kuching. Sekiranya anda sedang mencari port baru untuk menikmati sarapan pagi ala-ala American, anda boleh mencuba makanan yang dihidangkan di Hey! Hey! Cafe!

American breakfast yang menyelerakan
Bagi mereka yang suka makan makanan western terutamanya untuk sarapan, kafe ini menawarkan hidangan American breakfast yang menyelerakan.
Selain American breakfast, terdapat juga makanan lain yang dihidangkan seperti roti bakar, mi goreng, nasi ayam, burger dan sebagainya!



Nak layan makanan pedas?
Peminat makanan pedas turut boleh menikmati Spicy Korean BBQ Crunchy Chicken Rice mereka, yang dikatakan boleh tahan pedas!
Jika anda ingin menyahut cabaran untuk cuba makan Spicy Korean BBQ Crunchy Chicken Rice ini, anda kini boleh menikmati nasi ayam ini dengan harga RM4.90 sahaja! Namun, promosi ini hanya akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2022 – jadi laju-laju, gais!

Sekiranya anda berminat untuk pergi ke kafe ini, berikut adalah masa operasi mereka:
Lokasi: Batu 7, sebelah MR DIY
Masa operasi: Buka setiap hari, 8AM – 8PM