Ini sisi gelap aplikasi temu yang anda perlu ketahui
Menjual Data Pengguna, Wanita Ini Dedah Sisi Gelap Aplikasi Temu. Menerusi perkongsian di laman X, seorang wanita telah mendedahkan sisi gelap aplikasi Temu yang sedang dipromosikan secara meluas di media sosial.
Syarikat Temu dari China sedang mencari pencipta konten di Malaysia untuk aktiviti promosi. Bagaimanapun, wanita tersebut mendedahkan bahawa syarikat itu disyaki pernah menjual data pengguna.

Beliau mengingatkan pencipta konten supaya berhati-hati sebelum menerima sebarang perjanjian promosi. Menurut sumber, Temu menggunakan buruh paksa dari kalangan Uyghur dengan layanan yang teruk di kilang.
Temu pernah digantung Google Play Store
Difahamkan syarikat induk Temu, PDD Holdings pernah digantung Google Play Store kerana memasang perisian hasad. Temu turut digantung kerana mengandungi fungsi tersembunyi yang mengakses data pengguna secara berlebihan.
Mereka didakwa mengumpul data melebihi standard industri, menyebabkan pertambahan iklan selepas memuat turun aplikasi.
Temu juga dikatakan mengerah buruh paksa untuk menghasilkan barangan tidak berkualiti secara besar-besaran demi keuntungan. Mereka turut didakwa mencuri hasil karya peniaga dan pencipta konten lain.
Beberapa individu mengadu menerima panggilan dan mesej daripada scammer selepas memasang aplikasi Temu, mengesyaki data mereka telah dijual.
Bekas pengguna Temu turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati menggunakan aplikasi bermasalah seperti ini.
Untuk makluman, Temu merupakan sebuah aplikasi edagang yang menawarkan pelbagai jenis barangan yang dihantar terus dari China dengan harga yang tersangat murah.
