The wannabe ‘socialite‘
Menyamar Sebagai Jutawan, Scammer Ini Menghadapi Hukuman Penjara Hingga 12 Tahun. Kisah ini sebenarnya bukan kisah terbaharu, tetapi berlaku sekitar tahun 2017. Seorang wanita yang menyamar sebagai jutawan yang akhirnya ditahan polis dan dijatuhkan hukuman penjara.
Yang membuat kisah ini menjadi sensasi pada suatu ketika dahulu adalah scammer terbabit berjaya memperdayakan orang ramai, seperti orang kaya lain, orang sederhana bahkan bank di Amerika Syarikat, bahawa dia adalah seorang jutawan dari Germany. Malah, kisah scammer ini sedang diperkembangkan sebagai siri Netflix.
Siapakah nama wanita tersebut? Nama dia ialah Anna Sorokina, atau juga dikenali sebagai Anna Delvey, nama glamour dia.

Alkisah bermula dengan Anna Delvey tiba-tiba ‘lepak’ di kalangan orang sosial di New York
Pada tahun 2013, Anna berpindah ke New York dan memberitahu rakan-rakan baharunya dia mempunyai €60 juta dana amanah yang ditahan di beberapa bank di luar negara. Dana tersebut dikatakan untuk menanggung kehidupan mewah Anna.
Dari seseorang yang tidak dikenali sebelum ini, dia dengan cepat naik social rank di kalangan socialite New York.
Banyak yang mengenalnya sebagai pewaris diberitahu mengenai percubaannya untuk menubuhkan yayasan seni yang dibiayai oleh dana keluarga, dan rancangannya untuk menyewa bangunan Church Missions House yang bersejarah sebagai ruang serbaguna studio dan program.

Untuk pengetahuan anda juga, bangunan ini antara bangunan termahal di bandaraya New York dan juga sentiasa menjadi sasaran golongan kaya-raya atas sebab kemudahan lokasi bangunan untuk menjalankan perniagaan dan sebagainya.
Dia juga terkenal dengan sentiasa menginap di hotel-hotel mewah, makan di restoran yang memenangi anugerah James Beard, dan kerap mengunjungi spa dan salun yang mahal.
Malah, chef restoran akan sentiasa menyediakan hidangan off-menu khas untuk dia.
Tambahan pula, Anna sering dilihat di majlis-majlis high-end seperti Fashion Week dan bergaul dengan selebriti.

Dakwa bapa “diplomat, eksekutif minyak, pengusaha suria”
Cerita bagaimana keluarganya dapat kekayaan sering bertukar. Kadang kala Anna mendakwa bapanya ialah seorang diplomat, kadang-kadang eksekutif minyak, atau pengusaha suria.
Anna pernah juga menyatakan bapanya membekalkan minyak dari Rusia ke Germany, dan banyak lagi!

Selalu membelanja mewah
Anna dikenali di kalangan rakannya sebagai seorang yang suka membelanja mewah.
Oleh kerana dia bukan warga Amerika Syarikat, dia terpaksa menginap di hotel. Tapi bukan hotel beshe-beshe, yerrr!
Salah satu hotel yang Anna menginap sepanjang dia tinggal di New York ialah Hotel 11 Howard (satu malam bermula dari RM1,604!), di mana dia juga kerap mengunjungi restoran Le Coucou, sebuah restoran dimilik oleh 11 Howard. Dikatakan juga perangai Anna yang sangat menawan menyebabkan chef Le Coucou menghidangkan makanan yang bukan terdapat dalam menu restoran tersebut!


Di sini juga dia akan mengupah pelatih peribadi untuk sesi senaman. Sepanjang tempoh dia menginap di hotel ini, bil dia berjalan kerana dia asyik berpesan untuk letakkan bil di sebuah tab untuk dibayar kemudian.
Lama-kelamaan, pihak pengurusan hotel terbabit menyedari Anna tidak mempunyai kad kredit untuk bayar tabnya dan mendesak Anna untuk membayar hutangnya. Untuk mengatasi masalah ini, Anna mengumpulkan sebahagian wangnya untuk membayar balik tab tersebut, tetapi hutang lain masih tertunggak.
Anna kemudian menyewa sebuah jet swasta bernilai USD35,000 (sekitar RM146,495) untuk pergi ke mesyuarat pemegang saham tahunan Berkshire Hathaway di Nebraska.

Kembali ke New York dan berkawan dengan seorang jurugambar majalah fesyen tempatan
Setelah kembali ke New York dari Nebraska, Anna berkawan dengan seorang jurugambar majalah fesyen, iaitu Rachel Williams dari majalah Vanity.
Persahabatan baharu ini menyaksikan Rachel dan rakan-rakan lain sering dibelanjakan Anna di tempat mewah sehingga Anna menawar untuk membawa Rachel dan seorang lagi rakan bercuti ke Morocco.
Menyedari Rachel tidak mampu untuk bercuti di sana, Anna mengesyorkan Rachel bahawa dia akan membelanjakan kumpulan itu sepanjang durasi percutian.

Dia yang menawar, tapi orang lain pula bayar
Setelah tiba di Morocco, kumpulan itu check-in di sebuah resort mewah, dikatakan resort termahal di Morocco iaitu Kasbah Tamadot.

Namun, sepanjang percutian itu, pihak pengurusan hotel semakin menggesa Anna untuk memberi sebuah kad kredit yang berfungsi, yang dia sendiri pun tidak ada.
Pada mulanya, pihak pengurusan hotel terbabit tidak berpandang berat tentang perkara itu dengan berpendapat ia hanya satu perselisihan faham. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya dipaksa oleh pihak pengurusan hotel untuk bayar bil mereka setelah salah seorang pengurusan dipecat atas kegagalan mendesak kumpulan itu untuk membayar bil.
Menurut Rachel Williams dalam artikel mengenai pengalaman ini, kakitangan hotel terbabit berkumpul untuk memaksa mereka memberikan kad kredit yang berfungsi. Akhirnya, Rachel sendiri tawarkan kad kreditnya, setelah Anna berjanji untuk bayarkan dalam masa seminggu.
Rachel, yang hanya menerima gaji kurang dari USD60,000 setahun kini menanggung hutang sebanyak USD62,000 (sekitar RM259,501). Lebih dari nilai bersih dia sendiri!

Dibuang dari hotel
Apabila Anna kembali ke New York susulan percutian tersebut, Anna mendapati hotel 11 Howard telah membuang dia dari hotel dan mengambil semua barang peribadinya.
Anna kemudian check-in di sebuah hotel mewah iaitu The Beekman tetapi dibuang oleh mereka kemudian setelah gagal membayar bilnya berjumlah USD11,000 (sekitar RM46,000)!

Kejatuhan seorang scammer
Masih ingat tak bangunan Church Missions Home disasarkan oleh Anna?
Jika Anna berjaya dapatkan bangunan itu, ia mampu membantu dia untuk bayar balik segala hutang dikumpulnya. Namun, bangunan tersebut akhirnya dijual kepada orang lain!
Dan untuk mengeruhkan lagi keadaan, sebuah surat khabar tempatan terkenal, The New York Post, menerbitkan sebuah berita mengenai seorang wanita yang asyik menginap di hotel mewah tetapi tidak membayar bil, dengan gambar Anna sekali dipaparkan.

Tak habis cerita lagi, New York County District Attorney pada ketika itu sudah mula mencari Anna.
Pada Disember 2017, Anna Delvey akhirnya ditahan dan didakwa dengan grand larceny (di New York, grand larceny dikategorikan sebagai penipuan amaun USD1,000 atau lebih), memalsukan dokumen, kecurian perkhidmatan, dan dakwaan lain.
Dia kini bakal menghadapi hukuman penjara 15 tahun.
Rupa-rupanya anak kepada pemandu lori dan suri rumah
Anna Delvey, atau Anna Sorokin, didedahkan sebagai seorang dari latar belakang biasa. Bapanya ialah seorang pemandu lori dan ibunya pernah mengusahakan sebuah kedai runcit sebelum menjadi suri rumah.
Berasal dari Rusia, keluarga Anna berhijrah ke Germany pada tahun 2007. Setelah habis persekolahan, dia pindah ke London, UK untuk melanjutkan pelajaran di Central Saint Martins Art School tetapi berputus untuk kembali ke Germany kemudian.
Dia kemudian bekerja sebagai magang di sebuah firma perhubungan awam sebelum berpindah ke Paris untuk melakukan magang untuk majalah fesyen ‘Purple’. Pada masa ini, dia mula memperkenalkan dirinya sebagai ‘Anna Delvey.’
Scam sebanyak USD275,000 dari bank, hotel, dan rakan-rakan
Anna didakwa menipu sebanyak USD275,000 (RM115,101) dari bank, restoran, hotel, dan kawan seperti Rachel.
Jadi, bagaimana Anna berjaya menipu sehingga hotel dan bank terpedaya?
Pada akhir 2016, Anna cuba mendapatkan modal untuk membeli harta tanah dengan memohon pinjaman sebanyak USD22 juta dari City National Bank.

Dia didakwa pergi ke perjumpaan membawa dokumen palsu yang menyatakan dia memiliki sebanyak €60 juta pound Britain dalam aset. Anna berjaya memperdaya pihak bank dan hanya diminta untuk serahkan USD100,000 (RM418,550) yang akan meliputi kos guaman dan kos lain.
Untuk mendapatkan wang tunai itu, Anna memohon pinjaman USD100,000 dari sebuah lagi bank iaitu Fortress dengan menyatakan dia mempunyai kelulusan untuk dapatkan pinjaman USD22 juta dan boleh membayar balik pinjaman bank Fortress kemudian.

Fortress bersetuju dan pinjaman USD100,000 itu diserah kepada Anna dan kemudian diberi kepada City National Bank agar bank terbabit dapat menyiasat Anna.
Terdapat juga insiden dimana Anna depositkan cek palsu ke pelbagai bank seperti City Bank dan Signature Bank. Malah, dia mampu mengeluarkan dana-dana tersebut sebelum bank-bank berkenaan menyedari cek yang depositkan adalah palsu!

Ini adalah sebab Anna sentiasa mempunyai wang tunai. Dia tidak mempunyai kad kredit dan di situ dia membina reputasinya, dengan asyik membelanjakan wang tunai yang banyak di seluruh bandar.
Jahat dibalas jahat
Pada Februari 2017, Anna menarik diri berurusan dengan City National Bank. Pada masa itu, mereka telah melalui USD55,000 dari USD100,000 Anna beri kepada mereka untuk menyiasatnya.
Maka, USD45k lebihan itu diguna Anna untuk membeli masa ketika dia masih menginap di hotel 11 Howard. Namun, ia sudah terlambat untuk Anna menyelamatkan dirinya.
Tanpa pinjaman City National Bank, Anna terpaksa mencari cara lain untuk bayar hutangnya bukan sahaja ke 11 Howard, tetapi ke hotel lain, serta hutang Rachel dan sebuah pasukan PR yang diupahnya untuk membantu market perniagaan bangunan Church Missions House (misalnya Anna berjaya dapatkan bangunan itu), restoran-restoran dimana dia selalu anjurkan party, dan juga jet swasta yang dia sewa atas IOU (dokumen ditandangani penyewa mengakui hutang).
Walaupun menetapkan bicaraan di mahkamah pada awal tahun 2019, Anna sempat lagi mengupah seorang designer fesyen untuk kordinasikan pakaiannya dan pernah beberapa kali menangguh perbicaraan kerana dia tidak suka dengan pakaiannya.

Dia juga mengupah seorang penguam yang cuba membela dia atas alasan “Anna datang ke Amerika Syarikat untuk merealisasikan impiannya.”

Namun, Anna akhirnya didapati bersalah atas lapan tuduhan dan dihukum penjara 4-12 tahun penjara. Dia juga dikehendaki untuk bayar denda USD200,000 dalam pemulihan dan saman USD24,000.
“Saya tidak menyesal, dan saya mungkin akan membuat itu lagi,” – Anna
Dalam sebuah temu bual dengan The New York Times, Anna berkata dia tidak menyesal atas perbuatannya malah mungkin akan membuat perkara itu lagi.
Walau bagaimanapun, Anna tidak akan diberi peluang itu setelah dia dilepaskan dari penjara. Hal ini kerana dia akan dihantar pulang ke Germany sesuai dengan Kastam dan Imigrasi AS.
Sungguh licik.
Siapa sangka dengan hanya menyamar sahaja, seseorang boleh memperdaya ramai orang. Jangan terlalu percaya dengan rupa, silap-silap nanti orang itu adalah bertentangan dengan dari apa yang mereka dakwa.
