• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Merangkak Seperti Askar Tengah Jalan, Budak Tanpa Kerakyatan Tunjuk Aksi Berbahaya Di Tawau

Oleh
ILB - AI
12 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Sekumpulan kanak-kanak dipercayai warga asing membuat aksi berbahaya di sebuah persimpangan lampu isyarat

Merangkak Seperti Askar Tengah Jalan, Budak Tanpa Kerakyatan Tunjuk Aksi Berbahaya Di Tawau. Sebuah perkongsian video telah menarik perhatian orang ramai mengenai tindakan berani mati sekumpulan kanak-kanak melakukan aksi tidak selamat di jalan raya di Tawau, Sabah.

Menerusi video tular yang dikongsikan oleh seorang individu di laman Facebook itu, memaparkan beberapa kanak-kanak lelaki merangkak di tengah-tengah jalan raya.

Merangkak Seperti Askar Tengah Jalan, Budak Tanpa Kerakyatan Tunjuk Aksi Berbahaya Di Tawau
Sumber: Facebook

“Mantap kamu staring (hebat). Percaya aku. Masa isyarat lampu hijau kau boleh baring santai di sana.

“Melihat pada keadaan ini, kepada siapa kita patut mengadu?,” tulis individu tersebut di laman Facebooknya.

“Membahayakan nyawa sendiri, dan juga orang lain. Pesanan pada pengguna jalan raya lain, sentiasa berhati-hati,” ujarnya sambil memberi pesanan kepada orang ramai.

Menurut sumber, dipercayai kejadian itu berlaku berhampiran persimpangan isyarat trafik Takada Tawau.

Merangkak Seperti Askar Tengah Jalan, Budak Tanpa Kerakyatan Tunjuk Aksi Berbahaya Di Tawau
Sumber: Facebook

Aksi bahaya dilakukan ketika isyarat lampu hijau

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, sekumpulan kanak-kanak melakukan perbuatan berbahaya itu semasa isyarat lampu hijau, sekali gus aksi tersebut boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook melaporkan membuat perkongsian mempunyai pengalaman yang sama ketika melalui kawasan tersebut.

“Ini yang suami saya ceritakan tadi, mereka berbaring di tengah-tengah jalan buat aksi merangkak macam askar,” katanya.

“Sudahlah suami memandu treler, takut juga terlanggar. Suami memberikan hon panjang dan tambah geram lagi mereka boleh pula bagi isyarat lucah.

Ada yang mendakwa kanak-kanak tersebut tidak mempunyai kerakyatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberi pendapat berbeza selepas melihat video berkenaan.

Namun, ada yang mendakwa bahawa kanak-kanak itu merupakan kanak-kanak tanpa kerakyatan. Dalam pada itu, ada juga yang membuat kenyataan sinis mengenai situasi tersebut.

Merangkak Seperti Askar Tengah Jalan, Budak Tanpa Kerakyatan Tunjuk Aksi Berbahaya Di Tawau
Sumber: Facebook

“Anak-anak tiada IC (kad pengenalan) yang banyak disitu. Minta sedekah sejak dulu lagi, sudah dihalau tetapi masih lagi berkumpul di sana. Nak marah pun kasihan kadang-kadang,” ujar salah seorang pengguna Facebook.

“Sudah boleh hantar pergi ke kem askar semua budak-budak itu. Nak sangat merangkak atas jalan raya macam askar,” kata seorang lagi pengguna Facebook dengan sinis.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Selamba Buat U-Turn Haram, Aksi ‘Berani Mati’ Pemandu Di Bintulu Buat Netizen Kecut Perut
Aksi ‘Berani Mati’ 3 Budak Lelaki Panjat Lori Tangki Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ditumbuk Gara-Gara Guna Baju Melayu, Pelajar Perempuan Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Guru Lelaki Ditumbuk Gara-Gara Guna Baju Melayu, Pelajar Perempuan Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Guru Lelaki
Next Article Minta Derma RM60K Dari Netizen, Wanita 'Kantoi' Bersalah Palsukan Invois Bekalan Makanan Minta Derma RM60K Dari Netizen, Wanita ‘Kantoi’ Bersalah Palsukan Invois Bekalan Makanan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?