• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mercu Tanda Baharu Kuching, Wisma Melayu Kini Sudah Dalam Pembinaan

Oleh
Husna Hazmi
17 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Wisma Melayu ini dijangka akan siap dalam tempoh 30 bulan.

Mercu Tanda Baharu Kuching, Wisma Melayu Kini Sudah Dalam Pembinaan. Berfungsi sebagai ibu pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Wisma Melayu ini akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, bilik seminar dan kawasan lapang untuk mengadakan pelbagai aktiviti serta galeri seni dan kebudayaan.

Menurut laporan, pembinaan Wisma Melayu di Jalan Bako, Petrajaya ini berjumlah RM 73 juta dan dijangka akan siap dalam tempoh 30 bulan. Tak lebih dari 3 tahun dah siap, sik berasa!

Mercu Tanda Baharu Kuching, Wisma Melayu Kini Sudah Dalam Pembinaan

Projek telah diserahkan kepada pihak kontraktor

Baru-baru ini, tapak projek Wisma Melayu telah diserahkan kepada pihak kontraktor dan pembinaanya pula telah bermula.

Pembinaan Wisma ini telah dicetuskan oleh Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa seminar tahun 2007 dan upacara pecah tanah pula diadakan pada 10 Disember 2020.

Mercu Tanda Baharu Kuching, Wisma Melayu Kini Sudah Dalam Pembinaan

Masyarakat boleh memanfaatkan bangunan ini

Dengan adanya Wisma Melayu ini, masyarakat boleh memanfaatkan bangunan ini untuk mengadakan aktiviti kebudayaan, sosial, pendidikan dan juga keagamaan.

Wisma Melayu yang akan dibina dengan reka bentuk unik iaitu tengkolok ini bakal menjadi mercu tanda baharu di Bandaraya Kuching, Sarawak dan akan membawa lambang masyarakat Melayu di sini yang bersatu padu.

Lagi cerita menarik di sini:

Laluan ART Akan Terus Disambung Ke Gedong Dalam Masa 3 Tahun Lagi
Menjadi Pencakar Langit Dan Tarikan Di Kuching, Bangunan Vivacity 2 Bakal Dibina Di Tabuan
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Countdown 5 Hari Lagi, Soju Bomb Train Akan Memeriahkan Bintulu
Next Article Ditinggalkan Dibawah Pokok, JKM Sibu Mohon Orang Awam 'Kesan' Ibu Bapa Kandung Kanak-kanak Ini Ditinggalkan Dibawah Pokok, JKM Sibu Mohon Orang Awam ‘Kesan’ Ibu Bapa Kandung Kanak-kanak Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?