I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Minat Cempedak? Jom Cuba Resepi Cucur Cempedak Goreng Yang Kurang Berminyak Tapi Garing Ini
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Minat Cempedak? Jom Cuba Resepi Cucur Cempedak Goreng Yang Kurang Berminyak Tapi Garing Ini

Husna Hazmi 6 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Jom cuba resepi yang mudah ini!

Minat Cempedak? Jom Cuba Resepi Cucur Cempedak Goreng Yang Kurang Berminyak Tapi Garing Ini. Musim buah sudah tiba, pelbagai jenis buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia sudah mula dijual merata-rata tempat. Buah cempedak merupakan buah pilihan ramai kerana rasanya yang lemak manis dan baunya yang harum memang akan memikat selera sesiapa sahaja.

Minat Cempedak? Jom Cuba Resepi Cucur Cempedak Goreng Yang Kurang Berminyak Tapi Garing Ini
Minat Cempedak? Jom Cuba Resepi Cucur Cempedak Goreng Yang Kurang Berminyak Tapi Garing Ini. Kredit Gambar: Ahmad Shukri Amiruddin

Cakap sahaja tentang cempedak, mesti cucur cempedak terngiang-ngiang dalam fikiran anda kan? Jadi kali ini, kami akan berkongsi resepi yang ditemui di Mingguan Wanita cara goreng cucur cempedak yang kurang berminyak dan semestinya rangup!

Seorang peniaga cucur cempedak iaitu, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi resepi untuk buat bancuhan tepung cempedak yang garing, rangup dan kurang berminyak.

“Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.

“Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak.

“Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.” ujarnya

Minat Cempedak? Jom Cuba Resepi Cucur Cempedak Goreng Yang Kurang Berminyak Tapi Garing Ini

Resepi Cempedak Goreng

  1. Cempedak (Kalau nak lebih sedap boleh guna Cempedak Madu)
  2. Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
  3. Marjerin atau minyak 3 sudu
  4. Air kapur makan 2 sudu
  5. Garam secukup rasa.
  6. 2 cawan air suam.
  7. Kunyit 1 sudu kecil
Minat Cempedak? Jom Cuba Resepi Cucur Cempedak Goreng Yang Kurang Berminyak Tapi Garing Ini
Kredit Gambar: Ahmad Shukri Amiruddin

Cara-caranya

  1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
  2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
Minat Cempedak? Jom Cuba Resepi Cucur Cempedak Goreng Yang Kurang Berminyak Tapi Garing Ini
Kredit Gambar: Ahmad Shukri Amiruddin

Petua Goreng Cempedak

  1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Hal ini akan menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
  2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat manakala kulit tepungnya akan terkoyak.
  3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
  4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.

Selamat mencuba dan kongsi cempedak goreng anda bersama dengan orang yang tersayang tau, lagi enak jadinya!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aplikasi WhatsApp Tak Lagi Berfungsi Untuk 43 Jenis Telefon Pintar, Semak Senarai Di Sini Aplikasi WhatsApp Tak Lagi Berfungsi Untuk 43 Jenis Telefon Pintar, Semak Senarai Di Sini
Next Article Berhak Tuntut Ganti Rugi Jika Putus Tunang, Ini Langkah Yang Boleh Anda Buat Berhak Tuntut Ganti Rugi Jika Putus Tunang, Ini Langkah Yang Boleh Anda Buat

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?