• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Anda Minat Untuk Membantu Komuniti Melalui Perniagaan? Jom Sertai Social Impact Accelerator

Oleh
Ismail NA
8 Julai 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Inilah masa anda untuk memaksimakan impak sosial melalui perniagaan!

Anda Minat Untuk Membantu Komuniti Melalui Perniagaan? Jom Sertai Social Impact Accelerator. Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan kerjasama kerajaan Sarawak kini membuka penyertaan untuk program Social Impact Accelerator (SIA) batch pertama.

Isi Isi Penting
  • Inilah masa anda untuk memaksimakan impak sosial melalui perniagaan!
  • Program kerjasama dengan myHarapan dan SMA
  • Program pecutan 6 bulan untuk perusahaan sosial peringkat awal
  • Hub Inovasi Digital TEGAS-SMA (DIH) Tawarkan Akses 3 Bulan
  • Kerajaan Sarawak Akan Menubuhkan Sebuah Pusat Inovasi Di Setiap Bahagian
  • Bagaimana hendak sertai?

Ia selari dengan misi kerajaan Sarawak untuk meningkatkan jumlah usahawan sosial dan mempromosikan inovasi digital serta budaya keusahawanan di Sarawak.

Anda Minat Untuk Membantu Komuniti Melalui Perniagaan? Jom Sertai Social Impact Accelerator
Anda Minat Untuk Membantu Komuniti Melalui Perniagaan? Jom Sertai Social Impact Accelerator

Program kerjasama dengan myHarapan dan SMA

TEGAS akan bekerjasama dengan rakan strategik, Youth Trust Foundation (myHarapan) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) untuk menjayakan program ini.

Menurut CEO myHarapan, Nurfarini Daing, pihaknya berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan TEGAS dan melaksanakan program tersebut untuk mencipta ekosistem keusahawanan sosial yang rancak di Sarawak.

Mereka juga percaya bahawa usahawan sosial tempatan akan memberikan impak positif dalam pelbagai aspek, khususnya kepada Sarawak.

Anda Minat Untuk Membantu Komuniti Melalui Perniagaan? Jom Sertai Social Impact Accelerator
Anda Minat Untuk Membantu Komuniti Melalui Perniagaan? Jom Sertai Social Impact Accelerator
Anda Minat Untuk Membantu Komuniti Melalui Perniagaan? Jom Sertai Social Impact Accelerator

Program pecutan 6 bulan untuk perusahaan sosial peringkat awal

SIA ialah sebuah program berdurasi 6 bulan yang menyasarkan untuk memacu pertumbuhan perusahaan sosial peringkat awal di Sarawak. Dengan itu, mereka mampu untuk menyampaikan misi mereka seterusnya memberi impak positif kepada komuniti Sarawak dan meluas lagi.

Usahawan sosial yang terpilih akan mengikuti sesi bimbingan dan mentor oleh pakar industri dan usahawan berpengalaman.

Bukan itu sahaja, mereka akan ditawarkan kelebihan akses seperti berikut;

  • Geran dan pembiayaan
  • Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS di Kuching, Bintulu dan Miri
  • Escape by Etiqa Innovation Hub (KL)
  • Jaringan Ekosistem Digital Sarawak (SDE)

Program ini disokong sepenuhnya oleh SMA dan merupakan program utama dalam SDE. TEGAS juga bekerjasama dengan SMA dalam mengendalikan operasi Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS di Kuching, Bintulu dan Miri.

Hub Inovasi Digital TEGAS-SMA (DIH) Tawarkan Akses 3 Bulan

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) juga berperanan sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula peringkat awal dan perusahaan sosial di Sarawak.

Dengan pembiayaan daripada SMA dan diuruskan oleh TEGAS, DIH kini menawarkan akses 3 bulan percuma dalam usaha untuk membantu syarikat pemula Sarawak dan usahawan sosial yang terkesan dengan pandemik.

Menurut Pengerusi TEGAS yang juga merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Haji Len Talif Salleh, DIH juga menawarkan sokongan kepada usahawan secara berkala melalui pelaksanaan webinar, program pembangunan berkapasiti online, dan pecutan digital.

Kerajaan Sarawak Akan Menubuhkan Sebuah Pusat Inovasi Di Setiap Bahagian

Di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2025 (Inovasi Digital & Keusahawanan : Tindakan 37), kerajaan Sarawak menerusi SMA akan menubuhkan sebuah pusat inovasi di setiap bahagian dan memudahkan kerjasama dengan sektor swasta, institusi pengajian tinggi dan komuniti.

Bagaimana hendak sertai?

Syarat nya mudah sahaja. Setiap penyertaan SIA mestilah merupakan perusahaan sosial berpangkalan di Sarawak dan mempunyai pegangan syer sekurang-kurangnya 51% milik rakyat Sarawak.

Perusahaan tersebut juga hendaklah telah memulakan operasi sekurang-kurangnya 6 bulan dan tidak melebihi 3 tahun dengan bukti prestasi pasaran dalam bentuk perolehan atau tarikan pelanggan.

Untuk memohon, klik pautan ini :

http://bit.ly/SIAB2020

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang dianjurkan oleh Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS, layari laman sesawang dan sosial media mereka di pautan berikut :

Laman sesawang : https://www.innovatesarawak.com/

Facebook : SMA-TEGAS Digital Innovation Hub

Instagram : @tegasdigital

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Polis Di Sarawak Jadi Dalang Sindiket Dadah Terbesar 2 Polis Di Sarawak Jadi Dalang Sindiket Dadah Terbesar
Next Article Sejak 20 Mac, Lelaki Ini Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 100 Hari Kerana COVID-19 Sejak 20 Mac, Lelaki Ini Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 100 Hari Kerana COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?