• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Minta Sarawak Bantu Tanggung Sedikit Kos Kedah Ke Sukma Hanya Gurauan Sanusi

Oleh
Farisha
17 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Menteri Sarawak dedahkan kebenaran di sebalik kenyataan Sanusi tentang kos SUKMA

Minta Sarawak Bantu Tanggung Sedikit Kos Kedah Ke Sukma Hanya Gurauan Sanusi. Baru-baru ini, tular kontroversi di media sosial berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, yang memohon agar Sarawak mempertimbangkan untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan yang diperlukan untuk menghantar kontinjen negeri Kedah ke Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Menurut sumber, orang ramai telah mengkritik permintaan tersebut sebagai tidak munasabah dan tidak adil kepada negeri-negeri lain yang perlu menanggung sendiri kos penghantaran atlet-atlet mereka.

Minta Sarawak Bantu Tanggung Sedikit Kos Kedah Ke Sukma Hanya Gurauan Sanusi
Minta Sarawak Bantu Tanggung Sedikit Kos Kedah Ke Sukma Hanya Gurauan Sanusi

Dalam perkembangan terkini, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah telah menjelaskan bahawa permintaan yang dibuat oleh Sanusi tersebut hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

Menurut beliau, perkara ini telah dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu sendiri semasa pertemuan mereka pada 15 Julai.

“Kita sedia maklum bahawa beliau (Sanusi) gemar bergurau. Beliau sendiri telah memaklumkan kepada saya semalam bahawa kenyataannya itu hanyalah gurauan. Tiada isu yang timbul antara Sarawak dan Kedah,” ujar beliau seperti yang dilaporkan oleh Kosmo.

Di sebalik kontroversi, Kedah komited hantar 500 atlet ke SUKMA Sarawak

Beliau turut menambah bahawa Sanusi juga telah memaklumkan kepadanya mengenai hasrat Kedah untuk menghantar lebih 500 orang atlet ke SUKMA tahun ini.

Selain itu, Karim turut menyatakan bahawa bilangan acara yang akan dipertandingkan dalam SUKMA XXI Sarawak 2024 telah dikurangkan sebanyak satu acara. Hal ini berikutan penggugguran acara sepak takraw wanita beregu berpasukan disebabkan penyertaan yang kurang daripada enam buah negeri.

Sebelum ini, Sanusi berharap agar Sarawak dapat mempertimbangkan untuk membiayai sebahagian daripada kos penghantaran kontinjen Kedah bagi meringankan beban yang ditanggung, termasuk tiket perjalanan dan pengangkutan peralatan.

Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah kepada SUKMA, selepas penganjuran pada tahun 1990 dan 2016.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kedah Mampu Bayar Sendiri, Sarawak Tolak Permintaan Bantuan Kos Sukma
Kedah Minta Sarawak Bantu Tanggung Sedikit Kos Sukma 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Sabah Hilang 4 Jari, Tertembak Diri Sendiri Ketika Memburu
Next Article Ini Penjelasan Kerajaan Sarawak Kenapa Jalan Lawas-Brunei Tidak Dinaik Taraf Ini Penjelasan Kerajaan Sarawak Kenapa Jalan Lawas-Brunei Tidak Dinaik Taraf

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?