• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Minuman Sunnah Untuk Kekal Tenaga Sepanjang Puasa, Ini 5 Kelebihan Air Nabeez

Oleh
Nazihah AN
16 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Minuman Sunnah Untuk Kekal Tenaga Sepanjang Puasa, Ini 5 Kelebihan Air Nabeez

Air Nabeez – air rendaman kurma atau kismis

Minuman Sunnah Untuk Kekal Tenaga Sepanjang Puasa, Ini 5 Kelebihan Air Nabeez. Bulan Ramadan memberi peluang untuk kita menghayati kehidupan golongan kurang bernasib baik dengan merasai kelaparan dan kehausan. Ia mengajar kita bersyukur dengan nikmat yang ada dan mendorong untuk membantu mereka yang kekurangan.

Selain meningkatkan ibadah, kita juga perlu mencari cara untuk kekal bertenaga semasa berpuasa. Salah satu minuman yang disarankan ialah Air Nabeez – air rendaman kurma atau kismis yang diminum keesokan harinya.

Minuman Sunnah Untuk Kekal Tenaga Sepanjang Puasa, Ini 5 Kelebihan Air Nabeez

Menurut riwayat Imam Muslim, Aisyah r.a berkata:

Kami biasa membuat perahan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.”

Air Nabeez serupa air detoks buah-buahan yang digemari kini. Kurma kaya dengan serat, vitamin, zat besi, kalsium, magnesium dan kalium. Ia berasa manis dan menyegarkan kerana kandungan fruktosa tinggi dalam kurma.

Antara khasiat Air Nabeez:

  1. Meningkatkan kesihatan menyeluruh dengan sifat alkali dan membantu menstabilkan pH badan serta bertindak sebagai detoks.
  2. Baik untuk sistem penghadaman kerana serat tinggi dapat mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa.
  3. Membekalkan tenaga segera kerana kandungan fruktosa yang mengembalikan paras gula dalam darah.
  4. Dapat mengurangkan masalah alahan seperti rhinitis, bersin, hidung berair dan sakit kepala.
  5. Mengelakkan sembelit kerana kandungan serat yang mencukupi.

Minuman Sunnah Untuk Kekal Tenaga Sepanjang Puasa, Ini 5 Kelebihan Air Nabeez

Cara membuatnya mudah – rendam isi kurma tanpa biji dalam air biasa semalaman. Minum air rendaman itu keesokan harinya sebelum bersarapan atau ketika berbuka.

Air Nabeez sangat baik untuk kesihatan dan penyediaannya sangat mudah. Jom cuba!

Baca juga artikel menarik di sini:

Ini 8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa
Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak, Hanya Guna 5 Bahan Sahaja
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagai Rumah Usang, Netizen Sedih Lihat Keadaan Sebuah Tadika Di Sarawak
Next Article Percutian Bertukar Tragedi, Pelancong Warga China Ditemui Lemas Di Pulau Sapi Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?