• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miri Bandaraya Kedua Di Sarawak Umum Batalkan Bazaar Ramadan Tahun Ini

Oleh
Ismail NA
8 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Nampaknya Ramadan kali ini masih sama seperti tahun lalu.

Miri Bandaraya Kedua Di Sarawak Umum Batalkan Bazaar Ramadan Tahun Ini. Pada setiap kali Ramadan, tentunya salah satu perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah kehadiran bazaar Ramadan. Bazaar yang hanya diadakan sekali setahun ini sudah begitu sinonim dengan suasana menyambut bulan puasa. Bukan sahaja di Sarawak, malahan juga di seluruh Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Nampaknya Ramadan kali ini masih sama seperti tahun lalu.
  • Batal bazaar untuk elak risiko berlaku kontak rapat
  • SOP ketat untuk bazaar Ramadan di Limbang
  • Baca selanjutnya di sini :

Namun, akibat gelombang pandemik yang mulai meningkat semula, penganjuran bazaar Ramadan di Sarawak tahun ini nampaknya masih tidak diteruskan seperti biasa.

Semalam, Dewan Bandaraya di ibu negeri Kuching mengumumkan pembatalan gerai jualan bazaaar Ramadan tahun ini. Penutupan ini melibatkan 3 buah lokasi iaitu di Satok, Semarak dan Sukma Ria.

Miri Bandaraya Kedua Di Sarawak Umum Batalkan Bazaar Ramadan Tahun Ini
Gambar hiasan.

Batal bazaar untuk elak risiko berlaku kontak rapat

Mengikut jejak langkah tersebut ialah Bandaraya Miri. Miri merupakan bandaraya kedua di Sarawak yang turut membatalkan penganjuran bazaar Ramadan tahun ini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 7 April 2021, pihak majlis bandaraya Miri telah membuat keputusan tersebut ekoran risiko berlakunya kontak rapat yang seterusnya akan meningkatkan lagi penularan pandemik di kawasan Miri.

Malah, bazaar Ramadan ini juga berkemungkinan boleh merencatkan usaha kerajaan untuk membendung pandemik ini daripada menular sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

Oleh yang demikian, pihak Majlis Bandaraya Miri merasa bertanggungjawab dengan melaksanakan keputusan ini bagi membantu kerajaan menyekat penularan ini daripada terus menular dalam komuniti, memastikan rakyat sentiasa mematuhi SOP semasa PKPB dijalankan.

Miri Bandaraya Kedua Di Sarawak Umum Batalkan Bazaar Ramadan Tahun Ini
Miri Bandaraya Kedua Di Sarawak Umum Batalkan Bazaar Ramadan Tahun Ini

Sehari sebelum kenyataan ini, Majlis Bandaraya Miri telah mengenal pasti 3 lokasi untuk dijadikan sebagai tapak bazaar Ramadan iaitu di tempat letak kenderaan Bandar Baru Permyjaya, MYY Mall Lutong dan Taman Tunku Commercial Centre. Namun nampak gayanya, masih belum ada bazaar Ramadan buat penduduk Miri tahun ini.

Miri Bandaraya Kedua Di Sarawak Umum Batalkan Bazaar Ramadan Tahun Ini

SOP ketat untuk bazaar Ramadan di Limbang

Setakat ini, hanya daerah Limbang sahaja yang membenarkan penganjuran bazaar Ramadan dengan menetapkan 2 lokasi iaitu di Lot 777 dan Limbang Night Street Market. Namun demikian, penganjuran ini diadakan dengan SOP yang ketat seperti hanya membenarkan 3 orang berada pada satu gerai pada satu-satu masa selain pengunjung diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera.

Peniaga yang turut serta dalam bazaar pula mesti melakukan ujian saringan RT-PCR dan disahkan negatif.

Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemilik Cafe Di Sibu Rugi RM76, 500 Akibat Penipuan Pinjaman Online
Next Article Dituduh Membunuh Isteri, Pekerja Kilang Dari Sabah Menafi Tuduhan Dituduh Membunuh Isteri, Pekerja Kilang Dari Sabah Menafi Tuduhan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?