• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Misteri ‘Batu’ Depan Rumah, Rupanya Taktik Terbaru Perompak Di Kuching

Oleh
ILB - AI
28 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Misteri 'Batu' Depan Rumah, Rupanya Taktik Terbaru Perompak Di Kuching

Letak batu depan rumah sebagai tanda?

Misteri ‘Batu’ Depan Rumah, Rupanya Taktik Terbaru Perompak Di Kuching. Seperti adegan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, membuat tanda “X” pada rumah yang hendak dirompak, begitulah insiden yang berlaku di kawasan perumahan di Stapok.

Difahamkan, kumpulan perompak berkenaan yang dipercayai bukan warga tempatan didakwa akan meletakkan batu sebagai “tanda” di perkarangan rumah yang akan disasarkan.

Misteri 'Batu' Depan Rumah, Rupanya Taktik Terbaru Perompak Di Kuching
Misteri ‘Batu’ Depan Rumah, Rupanya Taktik Terbaru Perompak Di Kuching. Kredit: Facebook

Menurut laporan dari Borneo Network, satu kejadian rompak telah berlaku di sebuah rumah di Stapok sekitar jam 3 pagi semalam.

“Semasa mangsa dan suami tidur, tiba-tiba bunyi orang membuka pintu bilik tidur pasangan terbabit dan tiga orang lelaki tidak dikenali yang mengunakan topeng terus masuk ke bilik.

“Salah seorang daripada suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa mereka tidak kacau pasangan terbabit dan hanya mahu duit saja,” kata sumber.

Misteri 'Batu' Depan Rumah, Rupanya Taktik Terbaru Perompak Di Kuching

“Salah seorang daripada suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa mereka tidak kacau pasangan terbabit dan hanya mahu duit saja,” kata sumber.

Selepas itu salah seorang daripada mereka mengambil wayar pengecas telefon di dalam bilik mangsa dan terus mengikat tangan mangsa dan suami mengunakan wayar tersebut.

Misteri 'Batu' Depan Rumah, Rupanya Taktik Terbaru Perompak Di Kuching

Perompak terbabit juga menyuruh mangsa mengejutkan anak perempuan yang sedang tidur di bilik sebelah dan anak perempuan mangsa juga diikat bahagian tangan.

Ketiga-tiga beranak kemudian diletakan di dalam bilik tidur utama sebelum perompak terbabit bertanyakan di mana mangsa menyimpan barang-barang berharga milik mereka.

Tambahnya, disebabkan mangsa ketakutan mangsa telah mengikut semua arahan yang mereka suruh dan suami mangsa telah diarahkan untuk membuka peti keselamatan sambil meletakkan pisau pemotong sayur di leher suami mangsa supaya mengikut semua arahan yang mereka suruh.

Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian berupa wang tunai RM22,000, jam tangan berharga (jenama rolex, tisso dan pelbagai jenama), gelang tangan emas (2 utas) anggaran harga RM3,000, simbolik berbentuk ketulan emas (15 ketul) anggaran harga RM15,000, pingat penghargaan berbentuk emas (7 ketul), duit syiling dan wang kertas peringatan, duit syiling dan wang kertas edaran siri lama dan barangan lain.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek dipercayai menggunakan loghat Indonesia.

Insiden rompak yang sama dikatakan pernah berlaku di sebuah perumahan di Kota Samarahan pada bulan lepas.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat hiasan aneh di rumah seperti tiga batu diletakkan mesti mengambil langkah berjaga-jaga.

Baca lagi artikel menarik:

Tak Padan Sarat Hamil 7 Bulan, Suri Rumah Ditahan Polis Gara-Gara Cuba Rompak Warga Emas
Berang Cinta Ditolak, Lelaki Nekad Serang Keluarga Gadis Dengan Senjata Api Di Julau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang Cinta Ditolak, Lelaki Nekad Serang Keluarga Gadis Dengan Senjata Api Di Julau Berang Cinta Ditolak, Lelaki Nekad Serang Keluarga Gadis Dengan Senjata Api Di Julau
Next Article Pegawai Bank Nekad Berhenti Kerja, Akui Lebih Kaya Berniaga Warung

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?