I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Muatnaik Status Hina Dan Ancam Bunuh Agong, Seorang Lelaki Berjaya Ditangkap Polis

Oleh ILB - AI
24 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tindakan lelaki muatnaik postingan keterlaluan di media sosial

Muatnaik Status Hina Dan Ancam Bunuh Agong, Lelaki Berjaya Ditangkap Polis. Dengan keadaan politik negara yang masih terumbang-ambing, ada juga netizen terutamanya di media sosial mengambil kesempatan ini untuk menciptakan permusuhan dan menyebarkan kebencian yang bukan-bukan.

Kalau tidak dibendung, dikhuatiri akan mengakibatkan banyak kemudaratan yang lain seperti rusuhan dan perpecahan kaum yang sangat kritikal. Antara yang hangat di media sosial semalam adalah tindakan seorang lelaki yang memuatnaik sesuatu postingan keterlaluan di media sosial Instagram.

Muatnaik Status Hina Dan Ancam Bunuh Agong, Lelaki Berjaya Ditangkap Polis
Muatnaik Status Hina Dan Ancam Bunuh Agong, Lelaki Berjaya Ditangkap Polis. Sumber gambar: BBC NEWS

Lelaki ditangkap polis kerana muatnaik status hina dan ancam bunuh Agong di Instagram demi selamatkan sistem demokrasi negara

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dengan berani memuatnaik sebuah postingan status di akaun Instagramnya dengan kata-kata hinaan terhadap Yang Di-Pertuan Agong kita, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hal ini dipercayai kerana isu “hung parliment” yang dihadapi oleh politik di negara masa ini.

Bukan itu sahaja, individu ini juga dengan lantang menyatakan ancaman nya untuk membunuh Agong kita dengan menyeru rakyat bertindak bersama agar dapat menyelamatkan sistem demokrasi negara. Ditambah lagi, postingan lelaki ini juga disertakan dengan memuatnaik bersama foto Baginda.

Muatnaik Status Hina Dan Ancam Bunuh Agong, Lelaki Berjaya Ditangkap Polis
Muatnaik Status Hina Dan Ancam Bunuh Agong, Lelaki Berjaya Ditangkap Polis. Sumber gambar: FB Malaysia Military Power

Tindakan yang keterlaluan tersebut telah dapat dihidu oleh pihak polis apabila pengguna media sosial yang lain telah membuat tangkapan skrin postingan berkenaan serta menggesa tindakan akan diambil ke atas lelaki ini. Walaupun postingan status dan akaun lelaki ini telah dipadam, namun dengan tularnya tangkapan skrin sebagai bukti, akhirnya lelaki ini telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Muatnaik Status Hina Dan Ancam Bunuh Agong, Lelaki Berjaya Ditangkap Polis
Sumber gambar: FB Mohd Zaki

Kita ni nak bermedia sosial, dipersilakan. Memang akaun masing-masing, tapi tetap ada batasnya. Lebih-lebih keadaan negara masih dikatakan hangat masa kini. Tidak usah sebarkan propaganda atau provokasi yang boleh menjerat leher sendiri.

SUMBER :BBC NEWSFB Malaysia Military PowerFB Mohd Zaki
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelbagai Perisa Menarik, Nikmati Cendol Dan Rojak Di Mamamia Ice & Rojak Di Miri Pelbagai Perisa Menarik, Nikmati Cendol Dan Rojak Di Mamamia Ice & Rojak Di Miri
Next Article Tular Tindakan Sekumpulan Individu Di Kuching Berarak Demi Tolak PAS Masuk Sarawak

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?