I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang ‘Legit’ Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang ‘Legit’ Dengan Cas RM 15 Sahaja!

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 16/11/21 3:16 PM
Kongsi
5 Min Bacaan
Kongsi

Memang mudah sangat terutamanya untuk tujuan perjalanan ke negeri yang memerlukan ujian saringan COVID.

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang ‘Legit’ Dengan Cas RM 15 Sahaja! Ramai yang sudah menghabiskan wang puluhan malah ratusan ringgit hanya untuk melakukan ujian saringan COVID, betul tak? Bagi individu yang mempunyai bajet yang tidak mengizinkan, keperluan ini adalah sesuatu yang agak membebankan walaupun ia adalah untuk keselamatan diri dan orang di sekeliling.

Untuk urusan penerbangan dan keluar masuk ke sesetengah negeri seperti Sabah dan Sarawak, ujian saringan COVID seperti RTK Antigen yang disahkan oleh pakar perubatan daripada klinik masih diperlukan. Urusan ini nampaknya boleh dipermudahkan menerusi sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai CLEA ini.

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang ‘Legit’ Dengan Cas RM 15 Sahaja! Kredit : FB Yun Chen

Yang pertama di Malaysia!

Menerusi sebuah perkongsian pengguna bernama Yun Chen di group Facebook, aplikasi CLEA ini membolehkan orang awam mendapatkan laporan pengesahan ujian kit kendiri RTK yang disahkan oleh doktor daripada panel klinik yang berdaftar. Lebih menarik, setiap laporan yang dikeluarkan hanya dikenakan cas RM 15 sahaja. Jauh lebih murah daripada melakukannya secara fizikal ke klinik!

Untuk pengetahuan anda, aplikasi CLEA ini baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober 2021 oleh sebuah syarikat startup berasaskan teknologi kesihatan dengan nama yang sama. Syarikat ini diterajui oleh Dr. Chan Hai Feng yang merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CLEA.

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Dr. Chan Hai Feng (tengah) bersama pasukan CLEA. Sumber : FB CLEA

Untuk menggunakan aplikasi ini, anda hanya perlu melakukan ujian saringan RTK menggunakan kit kendiri yang diluluskan oleh Penguatkuasa Peranti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tambah nilai dalam akaun CLEA dan ikuti langkah seperti yang ditunjukkan dalam aplikasi. Pengamal perubatan akan menilai ujian kit kendiri yang anda hantar dan seterusnya mengeluarkan laporan perubatan yang disahkan dalam masa 24 jam.

Memang mudah sangat,kan?

Langkah demi langkah menggunakan aplikasi saringan maya RTK CLEA

Jom kami tunjukkan langkah demi langkah penggunaan aplikasi CLEA ini untuk melancarkan perjalanan anda;

Langkah 1 : Muat turun aplikasi CLEA dan daftar maklumat anda. Tambah nilai ke dalam akaun CLEA anda. Tambah nilai ini akan disebut sebagai kredit.

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!

Langkah 2 : Pilih jenama kit ujian kendiri anda. Ikuti arahan selanjutnya dengan teliti. Anda disarankan untuk meluangkan masa selama 20 minit untuk melakukan ujian menerusi aplikasi ini.

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!

Langkah 3 : Setelah anda mengikuti semua arahan yang disenaraikan, anda perlu menanda kit ujian kendiri anda dengan kod TAC unik yang akan diberikan kepada anda di dalam aplikasi. Tuliskan kod tersebut pada ruang kosong atas kaset tanpa menjejaskan bahagian filem ujian.

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!

Langkah 4 : Anda hendaklah merakam video anda menerusi aplikasi CLEA, bermula daripada anda melakukan ujian kit kendiri sehingga keputusan ujian kit kendiri diperolehi. Proses ini bertujuan untuk memastikan faktor integriti dan kesahihan keputusan ujian. Ikuti arahan yang tertera pada skrin untuk langkah yang betul.

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!

Langkah 5 : Hantar video anda dan tunggu keputusan dikeluarkan oleh doktor dalam masa 24 jam selepas keputusan dihantar. Muat turun keputusan yang berserta pengesahan doktor tersebut dalam bentuk PDF dan sedia untuk digunakan!

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!

Laman Facebook rasmi CLEA turut memberitahu bahawa aplikasi yang pertama seumpamanya di Malaysia telah digunakan oleh syarikat terkemuka seperti Perodua untuk menjalankan saringan ke atas 30,000 orang pekerjanya. Wow!

Ini merupakan maklum balas daripada individu yang telah menggunakan aplikasi CLEA untuk urusan kemasukan rentas negeri terutamanya ke negeri Sabah. Memang banyak yang positif dan mengakui urusan perjalanan mereka menjadi lebih lancar dan mudah.

Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Mudahkan Urusan Penerbangan, Aplikasi Ini Keluarkan Laporan RTK Yang 'Legit' Dengan Cas RM 15 Sahaja!
Sumber : FB Group AirAsia Flight Share Information

Untuk anda yang sering melakukan perjalanan udara dan kerap melakukan ujian kit kendiri RTK, aplikasi ini adalah aplikasi yang mesti ada dalam telefon pintar anda. Anda boleh memuat turun aplikasi CLEA di platform Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.

Nur Afifah 16 November 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menang Toto 4D Jackpot 1, Pesara Dari Sarawak Ini Memenangi RM1.99 Juta Menang Toto 4D Jackpot 1, Pesara Dari Sarawak Ini Memenangi RM1.99 Juta
Next Article Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

"Apa Guna Letak Hon Kalau Tak Berani Pakai?" Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri
Cerita Borneo

‘Apa Guna Hon Kalau Tak Berani Pakai?’ Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri

29 Jun 2022
6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang
Cerita Borneo

Ketahui 6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang

29 Jun 2022
Cerita Borneo

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching

29 Jun 2022
Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen
Cerita Borneo

Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen

29 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?