• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MUKTAMAD : Sarawak Benarkan Penggunaan Vaksin Astra Zeneca Secara Sukarela

Oleh
Ismail NA
18 Mei 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Keputusan dibuat setelah melalui rekomendasi dan pertimbangan.

MUKTAMAD : Sarawak Benarkan Penggunaan Vaksin Astra Zeneca Secara Sukarela. Susulan pengumuman yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin semalam berkenaan penggunaan vaksin Astra Zeneca (AZ) yang akan diperluaskan ke Sarawak, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Sarawak berkenaan perkara tersebut.

Isi Isi Penting
  • Keputusan dibuat setelah melalui rekomendasi dan pertimbangan.
  • Cadangan penggunaan untuk individu berusia 60 tahun ke atas
  • Penolakan sebelum ini adalah bagi mengelakkan program imunisasi di Sarawak terganggu
  • Baca artikel berkaitan di sini :

Melalui kenyataan tersebut, Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak (SCoVAG) telah memantau dan mengikuti perkembangan vaksin COVID-19 secara menyeluruh termasuklah vaksin kontroversi, Astra Zeneca (AZ).

Setelah dikaji semula oleh SCoVAG dan menerima rekomendasi tentang penggunaannya kepada komuniti dijangka akan mengambilnya secara sukarela di Sarawak, pihak CITF Sarawak akhirnya bersetuju untuk membenarkan penggunaan vaksin AZ atau nama barunya, Vaxzeyria kepada orang awam di Sarawak.

MUKTAMAD : Sarawak Benarkan Penggunaan Vaksin Astra Zeneca Secara Sukarela
MUKTAMAD : Sarawak Benarkan Penggunaan Vaksin Astra Zeneca Secara Sukarela

Cadangan penggunaan untuk individu berusia 60 tahun ke atas

SCoVAG telah mencadangkan penggunaan vaksin ini kepada individu berusia 60 tahun dan ke atas di kawasan bandar berdasarkan pemerhatian kesan sampingan yang rendah terhadap golongan tersebut. Walau bagaimanapun, jangkaan ini perlu diimbangi dengan realiti masa kini yang mana kebanyakan orang awam masih ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin selepas mengetahui vaksin AZ tetap diteruskan penggunaannya di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, vaksin ini tidak akan dimasukkan ke dalam fasa Program Imunisasi Kebangsaan, tetapi sebaliknya akan ditawarkan secara sukarela seperti yang dilakukan pada pusingan pertama di Selangor dan Kuala Lumpur tempoh hari.

MUKTAMAD : Sarawak Benarkan Penggunaan Vaksin Astra Zeneca Secara Sukarela
Vaksinasi Astra Zeneca di PWTC, KL. Foto : NSTP

Vaksin tersebut akan dibekalkan kepada Sarawak menerusi koordinasi CITF kebangsaan dan akan ditawarkan kepada populasi yang layak secara sukarela untuk temujanji ‘first come first served’.

Pusat vaksinasi khas dan berasingan daripada pusat vaksinasi sedia ada akan diumumkan dalam masa terdekat.

Penolakan sebelum ini adalah bagi mengelakkan program imunisasi di Sarawak terganggu

Sebelum ini, CITF Sarawak menolak penggunaan vaksin AZ dalam Program Imunisasi Kebangsaan setelah menerima banyak penarikan semula pendaftaran orang awam di aplikasi MySejahtera. Namun demikian, melihat kepada kejayaan vaksin ini secara sukarela di Selangor dan Kuala Lumpur tempoh hari, satu tinjauan telah dilakukan oleh akhbar tempatan pada 4 Mei 2021 untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang vaksin tersebut.

Melalui tinjauan tersebut, sebanyak 69.4 peratus daripada 1,037 responden mahu rakyat di Sarawak diberi pilihan untuk menerima suntikan vaksin AZ. Namun demikian, sebanyak 52.9 peratus daripada 1,040 responden benar-benar mahu menerima suntikan vaksin AZ.

Oleh yang demikian, berdasarkan kesanggupan rakyat Sarawak untuk menerima vaksin ini secara sukarela, CITF Sarawak akhirnya memuktamadkan bahawa vaksin AZ ini dibenarkan penggunaannya di Sarawak secara sukarela, temujanji secara ‘first come first served’.

Tempahan sukarela untuk vaksin AZ ini akan dibuka pada 23 Mei sehingga 26 Mei ini.

MUKTAMAD : Sarawak Benarkan Penggunaan Vaksin Astra Zeneca Secara Sukarela
Contoh tempahan yang berjaya diterima dalam sistem.

Tahniah rakyat Sarawak kerana berjaya meyakinkan kerajaan Sarawak untuk memberikan kita pilihan untuk menerima vaksin COVID-19. Semoga dengan adanya penawaran vaksin AZ ini, kadar imunisasi di Sarawak meningkat dengan cepat serta mempercepatkan Sarawak memperoleh imuniti berkelompok untuk melindungi kita daripada pandemik berbahaya ini.

Baca artikel berkaitan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kini Berada Di Tipping Point, Pengarah Kesihatan Sarawak Rayu Rakyat Patuhi SOP
Next Article Sarawak Lanjutkan PKPB Hingga 7 Jun, Larangan ‘Dine In’ Di Kedai Makan Dikekalkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?