• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MetMalaysia Ramal Musim Tengkujuh Bakal Bermula 5 November Hingga Mac Tahun Depan

Oleh
Husna Hazmi
2 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Musim tengkujuh dijangka bakal bermula pada 5 November 2024

MetMalaysia Ramal Musim Tengkujuh Bakal Bermula 5 November Hingga Mac Tahun Depan. Dilaporkan, Monsun Timur Laut, yang lebih dikenali sebagai musim tengkujuh Malaysia, dijangka bermula pada 5 November ini dan bakal berlanjutan sehingga Mac tahun depan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka akan berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh ini.

MetMalaysia Ramal Musim Tengkujuh Bakal Bermula 5 November Hingga Mac Tahun Depan
MetMalaysia Ramal Musim Tengkujuh Bakal Bermula 5 November Hingga Mac Tahun Depan. Sumber foto: FB Malaysian Meteorological Department

Fasa awal Monsun Timur Laut

Dikatakan bahawa, semasa fasa awal Monsun Timur Laut dari November hingga Disember 2024, hujan lebat dijangka akan berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, dan Sabah.

Antara bulan Januari dan Februari 2025 pula, Pahang, Johor, Sarawak, dan Sabah berkemungkinan besar akan mengalami hujan lebat.

Bagaimanapun, jika aliran monsun kuat dan bertepatan dengan sistem cuaca bertekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia juga, katanya dalam kenyataan tersebut. Beliau turut menambah bahawa hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

Jika hujan lebat ini berterusan berlaku bersama-sama dengan air pasang dan ombak besar, risiko banjir besar akan meningkat. Selain itu, angin timur laut yang berterusan dan kuat juga boleh menyebabkan laut bergelora, peningkatan paras laut, dan ombak besar di Laut China Selatan, jelasnya lagi.

MetMalaysia Ramal Musim Tengkujuh Bakal Bermula 5 November Hingga Mac Tahun Depan
Sumber foto: Berita Harian

Fasa akhir Monsun Timur Laut

Dalam fasa akhir Monsun Timur Laut, dari Januari hingga Mac 2025, bahagian utara Semenanjung Malaysia dijangka bakal mengalami hujan yang kurang. Ini boleh membawa kepada cuaca panas dan kering, dengan kemungkinan gelombang haba, kata Mohd Hisham.

Dalam masa yang sama beliau berkata, keadaan dijangka kurang teruk berbanding tahun 2024, kerana fenomena La Niña dijangka bermula pada akhir tahun ini dan berterusan sehingga pertengahan 2025.

Oleeh itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk bersedia menghadapi musim hujan dan sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan, dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui saluran rasmi, termasuk laman webnya www.met.gov.my, aplikasi mudah alih myCuaca, dan saluran media sosial rasmi MetMalaysia.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, MetMalaysia boleh dihubungi di talian hotline 1-300-22-1638.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini:

Borneo Cultures Museum Anjur Pameran National Geographic, Pristine Seas
Wanita Hampir Berjaya Kumpul RM2 Juta Dalam KWSP Pada Usia 35 Tahun, Ini Rahsianya
SUMBER :FB Malaysian Meteorological Department
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Hampir Berjaya Kumpul RM2 Juta Dalam KWSP Pada Usia 35 Tahun, Ini Rahsianya
Next Article Ini 5 Fakta Menarik Tentang Buah Kristal, Buah Longan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?