• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nafas Baru Buat Kuching City FC, Bakal Bersaing Di Liga Super Tahun Hadapan

Oleh
ILB - AI
18 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kuching City FC berjaya masuk Liga Super 2023

Nafas Baru Buat Kuching City FC, Bakal Bersaing Di Liga Super Tahun Hadapan. Kuching City FC tidak akan membuat kemunculan pada Liga Perdana tahun depan kerana akan bertanding di Liga Super 2023.

Hal ini kerana Kuching City FC berjaya menduduki tempat ketiga dengan 34 mata keseluruhan mengumpul 10 kemenangan serta masing-masing empat keputusan seri dan tewas.

Secara tidak langsung, kejayaan Kuching City FC sudah selari dengan matlamat pengendali pasukan Irfan Bakti untuk memastikan skuad kendaliannya itu layak memasuki Liga Super tahun hadapan sudah tercapai.

Nafas Baru Buat Kuching City FC, Bakal Bersaing Di Liga Super Tahun Hadapan
Nafas Baru Buat Kuching City FC, Bakal Bersaing Di Liga Super Tahun Hadapan

Hasrat Irfan Bakti ke Liga Super tercapai

Terdahulu, awal Januari lepas Irfan Bakti membuat kenyataan untuk mengumumkan persaraannya namun belum beri kata putus sehingga beliau berjaya membawa pasukan Kuching City FC layak ke Liga Super.

Namun, keringat membuahkan hasil apabila skuad kendaliannya itu berjaya dan persoalannya adakah beliau masih berpendirian untuk bersara ataupun terus membawa pasukan tersebut ke langkah seterusnya.

@lobolaofficial

Kuching City FC tak dapat main Liga Perdana ?? @Kuching City FC #sarawak #bolasepakmalaysia #ligasuper2023 #tiktoksarawak

♬ Epic Music(842228) – Pavel
Kredit: TikTok loyarbola

Liga Perdana 2022

Pada perlawanan semalam, Kuching City FC telah mencatatkan keputusan seri 1-1 berdepan Perak FC pada aksi terakhir dalam saingan Liga Perdana 2022 menempatkan pasukan itu pada tempat ketiga.

Keputusan itu tampaknya sudah memadai buat Kuching City FC untuk menamatkan saingan di Liga Perdana tersebut dengan persembahan yang memuaskan sepanjang liga berlangsung.

Gelaran juara Liga Perdana akan ditentukan pada 30 September antara Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Kelantan FC.

Nafas Baru Buat Kuching City FC, Bakal Bersaing Di Liga Super Tahun Hadapan
Perak FC menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Perdana 2022. Kredit: Bernama

Untuk rekod, JDT II kini menduduki tempat teratas dalam saingan liga selepas berjaya mengumpul keseluruhan 39 mata sementara Kelantan di tempat kedua dengan 36 mata.

Apa-apapun tahniah buat pasukan Kuching City FC kerana berjaya layak ke Liga Super 2023. 🥳

Jom kita kenali Affendi Julaihi, pemain bola sepak lagenda kelahiran Sarawak. Baca di sini:

https://www.iloveborneo.my/affendi-julaihi-lagenda-bola-sepak-sarawak-yang-anda-perlu-tahu/
Gelagat Penyokong Sabah ‘Mengalai’ Selepas Tamat Permainan Bola Sepak Bikin Netizen Terhibur
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Jolokan ’Nasi Kayangan’, Kongsian Wanita Ini Undang Kecaman Netizen Di Kuching
Next Article Rasa Berada Di Singapura, Lelaki Ini Kagum Dengan Kebersihan Bandar Kuching Rasa Berada Di Singapura, Lelaki Ini Kagum Dengan Kebersihan Bandar Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?