• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek Naik Taraf Jalan Donggongon–Tambunan Dijangka Siap Oktober 2026

Oleh
Farisha
21 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Projek RM299 Juta Untuk Jalan Penampang–Tambunan Akan Ubah Lanskap Trafik Sabah

Projek Naik Taraf Jalan Donggongon–Tambunan Dijangka Siap Oktober 2026. Kepada warga Penampang, Tambunan dan pengguna tetap laluan ini — berita baik buat anda. Projek menaik taraf Jalan Donggongon – Tambunan (dari Persimpangan ITCC ke Persimpangan Jalan Datuk Panglima Banting) dijangka siap pada Oktober 2026, menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan-2, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan mula dilaksanakan pada 25 Oktober 2022 dengan kos keseluruhan RM299.76 juta.

Projek Naik Taraf Jalan Donggongon–Tambunan Dijangka Siap Oktober 2026
Projek Naik Taraf Jalan Donggongon–Tambunan Dijangka Siap Oktober 2026

Apa Yang Bakal Diperoleh Melalui Projek Ini?

Setakat ini, kemajuan projek telah mencatatkan pencapaian 13.06%. Walaupun belum separuh jalan, potensi manfaatnya cukup besar:

  • Trafik lebih lancar: Tahap perkhidmatan jalan (Level of Service – LOS) dijangka meningkat daripada LOS E (paling sesak) kepada sekurang-kurangnya LOS C semasa waktu puncak.
  • Penjimatan masa perjalanan sehingga 30 minit, terutamanya bagi pengguna dari Kota Kinabalu ke Tambunan.
  • Pengurangan kesesakan dan peningkatan sistem jalan utama, yang merupakan laluan penting bagi penduduk dan pelancong.

Tapi… Ada Isu Serius Yang Menggugat Kemajuan Projek

Menurut Datuk Seri Alexander, pelaksanaan projek ini menghadapi sedikit kekangan, khususnya berkaitan isu pengambilan tanah dan kos pampasan yang belum diselesaikan sepenuhnya.

“Selagi pembayaran belum dibuat, sudah tentulah kerja-kerja seperti pengalihan utiliti dan pembinaan jalan tidak boleh dilaksanakan di kawasan yang terlibat,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Setakat ini, sebanyak 144 lot telah dikenal pasti, termasuk 98 lot tanah dan 46 struktur. Namun begitu, meskipun proses pengukuran telah dijalankan, bayaran pampasan masih belum dibuat — dan dana awal sebanyak RM30 juta dilaporkan tidak mencukupi.

Skop Projek Yang Dirancang

Ini antara kerja-kerja naik taraf yang bakal dijalankan dalam projek ini:

  1. Menaik taraf Jalan Penampang Bypass dan Jalan Penampang – Tambunan (dari ITCC ke Balai Polis Penampang) daripada jalan berkembar empat lorong kepada enam lorong sepanjang 2.5 km.
  2. Menaik taraf jalan dari Balai Polis ke Jalan Datuk Panglima Banting daripada jalan dua lorong kepada empat lorong sepanjang 1.6 km.
  3. Naik taraf Jalan Penampang Lama daripada empat ke enam lorong sepanjang 0.8 km.
  4. Pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Sigah sepanjang 580 meter, termasuk dua kemudahan khas pusingan U.
  5. Pembinaan dua jambatan konkrit pratuang di Sungai Kibabaig sepanjang 30 meter setiap satu.
  6. Pembinaan tiga pusingan U bermeter di lokasi strategik.
  7. Pembinaan satu jejantas pejalan kaki di lokasi yang telah dikenal pasti.

Projek menaik taraf jalan ini bakal membawa banyak manfaat jangka panjang kepada rakyat Sabah, khususnya dari segi kelancaran trafik dan keselesaan perjalanan. Namun begitu, isu pampasan tanah perlu diberi perhatian segera agar pelaksanaan tidak terus tertangguh.

Harapnya, menjelang 2026 nanti, warga Penampang dan Tambunan dapat menikmati kemudahan jalan yang lebih moden, luas dan selamat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kuching Civic Centre Bakal Dinaik Taraf Mulai Bulan Julai Ini
Naik Taraf Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II Dijangka Bermula September Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article UNIMAS Sahkan Kematian Anak Kucing Bukan Akibat Penderaan UNIMAS Sahkan Kematian Anak Kucing Bukan Akibat Penderaan
Next Article Sedia Terima Lebih Ramai Pakar, Hospital Pengajar UNIMAS Dijangka Buka 2027 Sedia Terima Lebih Ramai Pakar, Hospital Pengajar UNIMAS Dijangka Buka 2027

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?