Sesuai untuk buat pelbagai jenis majlis!
Nak Buat Majlis Tapi Tak Tahu Di Mana? Anda Boleh Cuba Laman Pengantin Di Samarahan! Sekiranya anda sedang mencari tempat sesuai untuk membuat majlis perkahwinan. pertunangan atau hari jadi anda, anda boleh kunjungi Laman Pengantin!
Terletak di Samarahan, Laman Pengantin menyediakan kemudahan untuk anda mengadakan pelbagai jenis majlis, lengkap dengan hiasan yang cantik dan menarik!

Juga menyediakan perkhidmatan katering
Laman Pengantin bukan sahaja menyediakan hall untuk anda mengadakan majlis anda, anda boleh juga menempah perkhidmatan katering untuk menyediakan makanan bagi majlis anda.


Antara majlis sesuai anda boleh lakukan di sini adalah majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi / surprise party, majlis makan / annual dinner, akikah dan majlis lain yang serupa. Anda pun tak perlu bingung dengan hiasan kerana suasana sini sudah cukup cantik – dengan vibe nya ala-ala garden, sesuai untuk aktiviti santai!



Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman Facebook rasmi mereka di sini atau menghubungi mereka menerusi pautan ini.