• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Nasihat Penerbangan Balik Ke Kampung Halaman Oleh Air Asia Sepanjang Tempoh PKP

Oleh
Husna Hazmi
13 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini adalah perubahan penerbangan pesawat Air Asia sepanjang tempoh PKP dari semasa ke semasa.

Nasihat Penerbangan Balik Ke Kampung Halaman Oleh Air Asia Sepanjang Tempoh PKP. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia dari 13 hingga 26 Januari 2021, AirAsia perlu mematuhi pelaksanaan tersebut seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia.

Untuk perjalanan penting dalam tempoh ini, anda perlu mendapatkan kebenaran yang sah daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berlepas. Kepada mereka yang ingin balik ke kampung halaman juga, mereka perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negeri-negeri tertentu.

Untuk membantu mereka yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing antara sekarang hingga Jumaat, 15 Mei 2021, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, AirAsia menyediakan penerbangan berikut yang boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan super app.

Nasihat Penerbangan Balik Ke Kampung Halaman Oleh Air Asia Sepanjang Tempoh PKP
Nasihat Penerbangan Balik Ke Kampung Halaman Oleh Air Asia Sepanjang Tempoh PKP

Selain itu, AirAsia juga akan terus memantau situasi semasa dan akan mengemas kini kesediaan dan perubahan penerbangan sepanjang tempoh PKP dari semasa ke semasa.

Bagi pelanggan yang sudah membuat tempahan penerbangan antara 13 dan 26 Januari 2021 yang terjejas dan tidak dapat melakukan perjalanan dalam tempoh ini boleh membatalkan penerbangan mereka secara sukarela dan memilih:

  • Perubahan tarikh penerbangan tanpa had: Tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Mac 2021 di laluan yang sama tanpa had tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Sila hubungi AVA yang tersedia di support.airasia.com, airasia.com atau WhatsApp untuk membuat pilihan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Pilih “Penerbangan” di menu utama AVA
  • Pilih “Perubahan Penerbangan COVID-19”
  • Pilih “Penerbangan domestik (AK) AirAsia Malaysia”
  • Pilih “Saya mahu menukar penerbangan saya”
  • Ikuti langkah seterusnya seperti yang dinyatakan oleh AVA

Bagi mereka yang terjejas, mereka akan segera dimaklumkan melalui e-mel dan/atau SMS mengenai pilihan yang ditawarkan kepada mereka.

Di samping itu, dinasihatkan pada mereka yang bakal membuat perjalanan penting untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, memeriksa semua keperluan perjalanan dan mengamalkan kebersihan diri yang tinggi pada setiap masa.

Nasihat Penerbangan Balik Ke Kampung Halaman Oleh Air Asia Sepanjang Tempoh PKP

AirAsia telah menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas daripada pakar keselamatan industri penerbangan Airlineratings.com, berikutan pelaksanaan pelbagai inovasi industri termasuklah maklumat yang menyeluruh mengenai prosedur COVID-19 di laman web, pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh kru kabin, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala dan peralatan pembersih peribadi.

Untuk maklumat terkini, ikuti airasia di Twitter (@airasia) dan Facebook (facebook.com/airasia), atau hubungi pasukan sokongan pelanggan di support.airasia.com. Anda juga dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Teruk Dilanda Hujan Lebat, Kebanyakan Kawasan Alami Banjir Kilat Kuching Teruk Dilanda Hujan Lebat, Kebanyakan Kawasan Alami Banjir Kilat
Next Article Hujan Lebat Tak Henti-Henti, Tiga Daerah Di Sarawak Dilanda Banjir Kilat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?