• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Kagum Lihat Rumah Lelaki Di Kuching Ini, Luar Rumah Kampung Tapi Dalam Macam Kondo Mewah!

Oleh
Ismail NA
1 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Memang cantik betul!

Netizen Kagum Lihat Rumah Lelaki Di Kuching Ini, Luar Rumah Kampung Tapi Dalam Macam Kondo Mewah! Rumah yang cantik dan kemas sememangnya menjadi idaman semua orang. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai keluarga atau pun pasangan muda yang baru sahaja mendirikan perkahwinan.

Isi Isi Penting
  • Memang cantik betul!
  • Lelaki ini turut berkongsi bajet pengubahsuaian rumahnya
  • Berikut merupakan pecahan bajet untuk dekorasi rumah kampung Arien yang comel dan menarik ini;
  • “Kecil-kecil cili padi,” – Netizen
  • Ini pula rumah kecil cantik yang tular kerana kos pembinaannya yang agak tidak masuk akal :

Namun demikian, perkongsian daripada seorang pengguna di laman Facebook ini telah menarik perhatian netizen kerana ruang dalaman rumahnya yang begitu cantik dan moden. Siapa sangka luarannya rumah kayu biasa tetapi bila melangkah masuk ke dalam, tak ubah macam hiasan dalaman kondominium mewah!

Pengguna Facebook dengan nama Arien Achai tersebut telah memuat naik video dan gambar hiasan dalaman rumah kampungnya pada 27 Jun yang lalu. Hantaran tersebut telah menerima sebanyak 2.7K perkongsian dan lebih 300 komen yang rata-ratanya memuji kecantikan rumah Arien.

Netizen Kagum Lihat Rumah Lelaki Di Kuching Ini, Luar Rumah Kampung Tapi Dalam Macam Kondo Mewah!
Netizen Kagum Lihat Rumah Lelaki Di Kuching Ini, Luar Rumah Kampung Tapi Dalam Macam Kondo Mewah!
Sumber : FB Arien Achai

Lelaki ini turut berkongsi bajet pengubahsuaian rumahnya

Memandangkan ramai yang kagum dengan kecantikan dalaman rumah kampung lelaki ini dan bertanyakan bajet hiasan dalaman rumah ini yang terlihat seperti susun atur rumah kondo mewah, Arien turut berkongsikan kos penghasilan keseluruhannya. Katanya, bajet yang dikeluarkan untuk menjadikan rumah kampung seperti ini adalah sekitar RM 60,000. Ini semua sudah termasuk kos barang-barang dari luar sehingga lah ke dalam rumah.

Menurut Arien, rumah ini adalah rumahnya sendiri yang didiami oleh beliau bersama isteri dan seorang anaknya. Jelasnya, rumah ini hanya berkeluasan lebih kurang 20 kaki x 26 kaki dan mempunyai 2 bilik tidur sahaja. Walaupun begitu, beliau bersyukur kerana proses ubahsuai dan naiktaraf rumah mereka dibantu oleh keluarga mereka sendiri yang mempunyai kemahiran bertukang dan pendawaian elektrik.

Berikut merupakan pecahan bajet untuk dekorasi rumah kampung Arien yang comel dan menarik ini;

  • SPC Flooring (kalis air) – RM 1,600 (dipasang sendiri oleh abang ipar Arien)
  • Dinding gypsum & siling rumah – RM 1,800
  • Pintu gelangsar dapur – RM 1,100
  • Lampu meja – RM 6+
  • Bahan pendawaian elektrik – RM 2,000 (dibuat sendiri oleh abang Arien)
  • Meja bar custom made – RM 800
  • Meja kopi custom made – RM 280
  • Kos bahan pembuatan kabinet dapur (belum termasuk upah) – RM 1,600
  • Lantai laminate dapur – RM 2.10 (beli di Eco Shop)
  • Sofa – RM 17++
  • Karpet – Mydin & Kaison
  • Langsir – Kaison
Netizen Kagum Lihat Rumah Lelaki Di Kuching Ini, Luar Rumah Kampung Tapi Dalam Macam Kondo Mewah!
Sumber : FB Arien Achai

“Kecil-kecil cili padi,” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-ratanya memuji rekaan dalaman rumah ini yang menarik dan kemas walaupun dalam keluasan rumah yang agak kecil. Malah, ada juga yang mengucapkan tahniah kepada lelaki ini kerana berjaya memiliki rumah untuk keluarga sendiri di usia yang muda. Ramai juga rupanya netizen yang berimpian untuk memiliki rumah sendiri walaupun rumah kecil. Yang penting, ada tempat untuk berlindung, kemas dan selesa.

Netizen Kagum Lihat Rumah Lelaki Di Kuching Ini, Luar Rumah Kampung Tapi Dalam Macam Kondo Mewah!
Sumber : FB Arien Achai
Netizen Kagum Lihat Rumah Lelaki Di Kuching Ini, Luar Rumah Kampung Tapi Dalam Macam Kondo Mewah!
Sumber : FB Arien Achai
Netizen Kagum Lihat Rumah Lelaki Di Kuching Ini, Luar Rumah Kampung Tapi Dalam Macam Kondo Mewah!
Sumber : FB Arien Achai

Best nya kalau ada rumah macam ni kan? Kecil-kecil pun boleh buat macam rumah kondo mewah. Semoga pembaca yang mengidamkan rumah seperti ini turut dikurniakan sebuah rumah yang cantik juga suatu hari nanti. Amin.

Ini pula rumah kecil cantik yang tular kerana kos pembinaannya yang agak tidak masuk akal :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagi Mereka Yang Memerlukan Di Musim PKP, Ini Adalah Senarai 'Food Bank' Yang Boleh Didapati Di Sara Bagi Mereka Yang Memerlukan Di Musim PKP, Ini Adalah Senarai ‘Food Bank’ Yang Boleh Didapati Di Sarawak
Next Article Nafsu Binatang, Lelaki Rogol Remaja 13 Tahun Selama 7 Hari Berturut-Turut Di Kuching Terima Padah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?