Ramai juga yang tidak bersetuju
Netizen Kecam Kebenaran Berniaga Di Kawasan Rumah Sehingga Pukul 10 Malam Ketika Ramadhan. Semalam, Kerajaan Sarawak memberi kebenaran untuk peniaga menjual juadah ramadhan bermula dari pukul 3 petang sehingga 10 malam di perkarangan rumah. Namun begitu, kebenaran tersebut turut menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah netizen apatah lagi ketika ini Sarawak merupakan antara penyumbang terbesar dalam kenaikan harian kes di Malaysia.
Apa beza dengan buat baazar? Masih juga didatangi beramai-ramai soal netizen
Walaupun kebenaran berjual hanya dibuat di perkarangan rumah, namun netizen masih mempersoalkan apa bezanya dengan bazaar. Ada juga yang menyatakan potensi untuk orang ramai berkumpul juga agak tinggi sekiranya kebenaran tersebut diberikan.
Cakap memang senang, nk melaksanakan bukannya mudah, bukan nya senang nk kawal orang ramai..bukan semua orang boleh melaksanakan nya..
JP Jo
Menurut kenyataan yang dipetik dari Utusan Borneo semalam
“Peniaga dan pembeli hendaklah mematuhi penjarakan sosial, pemakaian topeng muka dan mengamalkan kebersihan yang tinggi semasa berurusan jual beli. Bagaimanapun semua pasar, bazar dan gerai berkelompok bagi tujuan barangan makanan semasa bulan Ramadan adalah tidak dibenarkan untuk beroperasi,”
Bukan itu sahaja, orang ramai juga berpendapat bahawa operasi penjualan sehingga jam 10 malam ini berpotensi untuk dijadikan alasan oleh sesetengah indvidu yang degil untuk keluar jika PKP masih diteruskan. Ini sekaligus menggagalkan usaha PKP yang telah berlanjutan selama lebih sebulan ini. Lebih parah, kes akan meningkat semula dan kaedaan akan menjadi lebih buruk.
Boleh Merencatkan Moral ‘Frontliners’ Yang Telah Bertungkus Lumus Selama Ini
Langkah ini juga mendapat tentangan daripada petugas ‘frontliners’ dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang merendahkan semangat dan moral mereka yang telah bertungkus lumus merawat dan melawan penyakit ini. Bahkan, mereka juga merayu agar keputusan tersebut tidak diteruskan kerana golongan ini sudah semakin letih.
Setakat hari ini, Sarawak masih di tangga teratas jumlah kes di seluruh Malaysia. Bagi memutuskan rantaian ini, kerjasama daripada semua pihak haruslah berjalan seiring. Buat masa ini, segala aktiviti yang hendak dilaksanakan haruslah mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara sebelum ia diputuskan kepada umum.
Kita rakyat Malaysia, kita sama jaga kita.