I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik

Oleh iloveborneo 19 Mei 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik

Kalau sibuk nak kahwin dan ada anak, jadilah lelaki yang bertanggungjawab

Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik. Perkahwinan adalah satu perkara yang indah antara pasangan. Ini adalah permulaan kehidupan baru di mana sepasang suami isteri memulakan keluarga mereka sendiri.

Memulakan keluarga adalah tanggungjawab yang sangat besar namun nampaknya ada yang masih enggan memikulkan tanggungjawab tersebut apabila berada dalam situasi itu.

Bagi wanita ini, beliau berkongsi di Facebook apa yang dilihatnya berlaku di sebuah klinik membabitkan seorang wanita hamil dimarahi kemudian ‘ditinggalkan’ oleh suaminya yang kelihatan tidak peka dengan keadaan isterinya.

Artikel Lain

Kerang Beracun Paras Bahaya Di Teluk Likas Sabah, Orang Ramai Dilarang Kutip Dan Makan
Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo
Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik

Luah rasa marah terhadap suami wanita berkenaan

Menurut Aiza Faizah III menerusi Facebook, beliau kebetulan sedang menunggu giliran di klinik apabila beliau terdengar sepasang suami isteri bercakap sesama sendiri.

Menurutnya, wanita itu meminta suaminya mengambil ubat memandangkan dia sedang menjalani check-up. Namun, suaminya enggan berbuat demikian dengan mengadu masa sudah agak lewat – sambil ketawa sendirian sambil bermain telefon bimbit. Disebabkan ini, wanita itu mengambil keputusan untuk mengambil ubat terbabit pada keesokan hari.

Selepas wanita hamil itu membuat check-up, pasangan itu perlu menunggu buku pink (rekod kesihatan bayi) diberikan semula oleh doktor.

Walau bagaimanapun, suami kepada wanita hamil itu kelihatan jengkel menunggu dan bertanya kepada isterinya sama ada mereka perlu menunggu lebih lama lagi.

Apabila isterinya menjawab bahawa mereka perlu menunggu buku pink dipulangkan, si suami berkata dia akan meninggalkannya dan menghidupkan kereta serta mengancam untuk beredar dari klinik tanpa wanita berkenaan.

Wanita malang itu kemudiannya terpaksa pergi ke jururawat dengan muka bersalah untuk meminta buku pink dan suaminya segera keluar dari klinik, meninggalkan isterinya di klinik bersendirian.

Kredit foto: FB Aiza Faizah III

“Ini saya tak dapat proses. Siapa yang buat isteri hamil?”

Rata-rata netizen luah rasa geram terhadap suami wanita itu, dengan ramai berpendapat bahawa lelaki itu tidak bertanggungjawab langsung dan hanya “pandai membuat anak tetapi tidak pandai melayan isteri.”

Kredit foto: FB Aiza Faizah III

Beritahu lelaki itu, jangan mengawan lah. Kalau isteri pun kau tak pandai nak layan dan jaga bagus2, tak perlu membiak spesies macam ni. Kalau saya jururawat di tempat kejadian, saya memang akan bertegur terus lelaki seperti itu. Pandai buat anak, hanya tahu nak layan sedap. Isteri dibuat macam itu. Perangai sudah rupa macam setan.”

Kredit foto: FB Aiza Faizah III

Yang ini saya tak dapat proses. Siapa yang buat isteri hamil oh? Sudah lah isteri juga yang tiap bulan pergi ke klinik untuk mengambil perancang seperti injection / pil etc. demi nak merancang untuk keluarga walaupun mengganggu hormon. Sudah lah hamil, dilayan lagi macam tu. Macam mana orang dapat hidup menyeksa jiwa orang macam tu? Apa yang dimahu kau?”

Kredit foto: FB Aiza Faizah III

“Spesies yang hanya nak seks halal. Itu lah, kahwin awal tetapi belum bersedia untuk menjadi suami dan bapa. Kepada para gadis di luar sana, fikir masak-masak sebelum awak jatuh cinta kepada lelaki yang sentiasa main telefon bimbit 24/7. Dan jangan awak berharap lelaki akan reply mesej awak dengan laju, itu cuma lelaki idaman. Sayangi lah diri awak dahulu.”

Kredit foto: FB Aiza Faizah III

Ramai lelaki yang macam ini ditemui di klinik. Apalah perasaan perempuan itu apabila suaminya berperangai macam ini. Adakah suami itu fikir buat check-up sama seperti membeli keropok di kedai? Kalau rasa isteri menyusahkan, jangan kahwin. Tiada orang paksa. Kalau macam ni perangai lelaki tu, sampai ke anak pun perangai akan sama.”

Jika anda seorang lelaki dan ingin berkahwin, pastikan anda bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga – alam perkahwinan bukan sesuatu perkara yang indah 24 jam, 7 hari seminggu. Kadang kala kita perlu berkorban untuk memastikan keluarga kecil kita kekal bahagia dan stabil.

Sekiranya anda rasa anda belum bersedia untuk mengorbankan masa dan duit anda untuk berkeluarga, jangan berkahwin dulu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar ‘Hilak’ Di Jalan Bau-Kuching
Next Article Sentuhan Reka Bentuk Dalaman Barat, Ketahui Roots & Bliss Kafe Tersembunyi Di Tabuan Sentuhan Reka Bentuk Dalaman Barat, Jom Ke Roots & Bliss Kafe Tersembunyi Di Tabuan

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?